Wan Fayhsal bengang ‘surat minta jawatan GLC’ bocor

Menurut sumber TTF dari PPBM, Wan Fayhsal bengang “surat minta jawatan GLC” itu bocor. Sumber (gambar): Fail TTF

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini berkata surat peribadi tidak wajar dibocorkan kepada awam kerana ia boleh mendatangkan salah faham.

Demikian menurut sebuah portal berita yang meminta bekas timbalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu mengulas isu surat exco Pemuda Bersatu (Armada) Muzzammil Ismail kepada Menteri Besar Kedah yang meminta dirinya dipertimbangkan jawatan ahli lembaga pengarah agensi kerajaan negeri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC). 

Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dikecam hebat oleh pihak pembangkang disebabkan pemberian jawatan dalam agensi dan syarikat kerajaan serta berkait kerajaan dalam kadar teringgi dalam sejarah tanah air.

Jawatan-jawatan ini dijanjikan kepada semua ahli parlimen penyokong blok kerajaan yang tidak menjawat jawatan menteri atau timbalan menteri.


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini berkata surat peribadi tidak wajar dibocorkan kepada awam kerana ia boleh mendatangkan salah faham.

Demikian menurut sebuah portal berita yang meminta bekas timbalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu mengulas isu surat exco Pemuda Bersatu (Armada) Muzzammil Ismail kepada Menteri Besar Kedah yang meminta dirinya dipertimbangkan jawatan ahli lembaga pengarah agensi kerajaan negeri atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).




“Surat peribadi tak patut dibocorkan kepada awam, memandangkan ia mungkin mengundang salah faham, tanpa konteks yang sewajarnya,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Bagaimanapun, senator itu menolak untuk mengulas lanjut berkenaan isu berkenaan. Menurut sumber TTF dari PPBM, Wan Fayhsal bengang “surat minta jawatan GLC” itu bocor.

Kerajaan pimpinan Perikatan Nasional dikecam hebat oleh pihak pembangkang disebabkan pemberian jawatan dalam agensi dan syarikat kerajaan serta berkait kerajaan dalam kadar teringgi dalam sejarah tanah air.

Jawatan-jawatan ini dijanjikan kepada semua ahli parlimen penyokong blok kerajaan yang tidak menjawat jawatan menteri atau timbalan menteri.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen, Datuk Takiyuddin Hassan pada 13hb April 2020.

Sejak pengumuman tersebut dibuat, beberapa lantikan politik berlaku melibatkan syarikat-syarikat kerajaan dan berkait kerajaan yang penting seperti Petronas dan MISC.

Manakala itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pula mengecam Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang yang “sanggup menerima dan bekerjasama dengan pencuri, perasuah dan penyangak.”

Loading...

Dalam tulisan di blognya bertarikh 10hb Jun 2020, Mahathir mendakwa Muhyiddin tidak mengendahkan perlembagaan, aturan-peraturan, bahkan undang-undang demi meraih sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin. Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional.

“Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud. Tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini. Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.

“Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan anggota dalam kononnya gabungan Parti Perikatan Nasional.

“Mereka hanya benar ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai. Mereka tentukan jumlah wakil rakyat yang sokong Muhyiddin mencukupi,” dakwa Mahathir.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...