Wan Junaidi: GPS tidak bersama Anwar, dakwaan kerajaan jatuh palsu

Wan Junaidi menyatakan kebimbangan, tindakan Anwar dikhuatiri akan menimbulkan ketidakstabilan politik dalam negara. Sumber (gambar): Fail TTF

وان جنيدي: ڬڤس سهكن تيدق برسام انور، دعوأن كراجأن جاتوه ڤلسو

Dakwaan Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah tidak betul.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Ahli Parlimen Santubong yang menafikan dakwaan itu menambah, Ahli-ahli Parlimen GPS tidak berpecah-belah dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Wan Junaidi berkata lagi, Mesyuarat Kabinet hari ini juga berjalan seperti biasa dengan dihadiri Menteri-menteri daripada GPS, PAS dan UMNO.

Ini menunjukkan kerajaan PN tidak jatuh seperti didakwa Anwar menerusi satu sidang media bagi mengumumkan sokongan majoriti Ahli Parlimen terhadapnya untuk memimpin kerajaan baharu.


KUCHING: Dakwaan Ahli-ahli Parlimen daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri adalah tidak betul.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga Ahli Parlimen Santubong yang menafikan dakwaan itu menambah, Ahli-ahli Parlimen GPS tidak berpecah-belah dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.




“Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) kalau nak buat apa-apa beliau mesti panggil Ahli-ahli Parlimen (GPS) dulu.

“Tak pernah dia buat keputusan begitu sahaja. Beliau begitu inklusif, sangat terperinci. Saya tak percaya langsung benda tu berlaku dengan GPS,” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi ketika dihubungi Utusan Borneo, hari ini.

Wan Junaidi berkata lagi, Mesyuarat Kabinet hari ini juga berjalan seperti biasa dengan dihadiri Menteri-menteri daripada GPS, PAS dan UMNO.

Ini menunjukkan kerajaan PN tidak jatuh seperti didakwa Anwar menerusi satu sidang media bagi mengumumkan sokongan majoriti Ahli Parlimen terhadapnya untuk memimpin kerajaan baharu.

“Tak adalah yang jatuh. Cerita ini macam cerita dongeng, buatan sahaja untuk mempengaruhi apa yang berlaku di Sabah (Pilihan Raya Negeri).

“Bagaimana kalau tak ada (sokongan Ahli-ahli Parlimen) GPS, beliau (Anwar) boleh mendakwa memperolehi sokongan hampir dua pertiga,” soalnya.

Beliau menyatakan kebimbangan, tindakan Anwar dikhuatiri akan menimbulkan ketidakstabilan politik dalam negara.

Loading...

Malahan, para pelabur takut nak datang apabila dengar cerita macam ini, jelasnya.

“Anwar tidak memikirkan soal negara, rakyat dan ekonomi. Dia tak fikir benda-benda macam ini, dia fikir dia nak jadi Perdana Menteri sahaja,” katanya.

Wan Junaidi menjelaskan, Anwar atau sesiapa tidak boleh meminta Yang di-Pertuan Agong melantiknya sebagai Perdana Menteri, ketika jawatan ini masih disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Ketika Tan Sri Muhyiddin (dilantik) ia berlaku oleh kerana Tun Dr Mahathir Mohamad dah meletak jawatan.

“Jadi tempat itu kosong. Di bawah Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, jelas mengatakan, Agong tiada kuasa untuk menggugurkan Perdana Menteri.

“Agong hanya berkuasa melantik Perdana Menteri apabila kosong ataupun apabila hilang kepercayaan.

“Mana buktinya (hilang kepercayaan). Adakah (menerusi) sidang Parlimen, adakah ada usul tertentu? Tidak ada, surat sumpah (Akuan Berkanun) tak (dapat) pakai,” katanya.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...