Wan Saiful ‘katak bawah tempurung’, tidak peka dengan perkembangan politik semasa

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

وان صيفول ءكاتق باوه تمڤوروڠء، تيدق ڤيكا دڠن ڤركمبڠن ڤوليتيك سماس

Wan Saiful Wan Jan adalah seorang budak hingusan dan beliau bolehlah diibaratkan seperti ‘katak di bawah tempurung’ saja.

Sebab itu beliau tidak tahu apa yang telah dan sedang berlaku di kalangan beberapa pemimpin-pemimpin haprak PPBM datang berjumpa serta berunding dengan Tun Dr Mahathir Mohamad pada suatu masa dahulu.

Tapi tak hairanlah kerana budak ‘hingusan’ seperti Wan Saiful Wan Jan yang ‘bubun’ pun masih lembik ‘setahun jagung’ dalam politik ketinggalan dalam segenap segi mengenai perkembangan mutakhir politik tanahair.




Beliau tak perlu ajar seorang tokoh negarawan yang sudah bergelumang dalam arena politik selama 80 tahun dan telah cemerlang dalam era pentadbiran ketika Tun Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri selama dua kali memimpin negara seterusnya membangunkan negara ini sehingga dikenali sebagai ‘Asian Tiger.’

Di bawah pentadbiran kerajaan ‘tebuk atap’ PN kini hutang negara telah mencecah lebih kurang rm1.3 trilion.

Para pelabur majoritinya tidak yakin dengan kerajaan ‘tebuk atap’ PN sehingga ramai daripada mereka tinggalkan negara ini untuk berhijrah melabur di negara-negara jiran.

Dunia luar turut mengutuk dasar kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang menutup parlimen semata-mata bagi menyelamatkan tali hayat kerajaan yang tiada keabsahan.

Isu pandemik Covid-19 menjadi semakin buruk walaupun puluhan bilion dibelanjakan untuk membasminya tetapi gagal setakat ini.

Tidak pernah dalam sejarah politik tanahair reputasi negara kita tercemar dengan begitu teruk.

Budak hingusan ini lupa dengan kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah berjaya menumbangkan umno serta BN pada pru14 yang lepas!! Inilah yang dikatakan ‘melayu mudah lupa’.

Loading...

Kita tak perlu layan budak hingusan seperti Wan Saiful Wan Jan ini kerana dia terlalu mentah dalam bidang politik.

Buang masa kita untuk layan kerenah budak hingusan seperti Wan Saiful Wan Jan yang masih ‘buta mata’ serta ‘buta pintu hati’ masih tidak nampak dengan pelbagai kerosakan negara masakini.

Kalangan ini hanyalah ‘kaki bodek minda lemah otak udang’ yang hanya bodek pemimpin korup secara membuta tuli semata-mata demi kepentingan pangkat, perut dan poket saja.

Siapa dia budak Wan Saiful Wan Jan ini?! Apa sumbangannya pada bangsa serta negara.

Dia ini tiada sumbangan yang signifikan pun. Habuk pun tak ada tapi hanya cakap ‘pot tin kosong’ saja.

Kalau nak tahu samada Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti PEJUANG sudah ‘move on’ ataupun tidak tolong cakap pada dia beritahu kerajaan ‘tebuk atap’ PN untuk luluskan pendaftaran PEJUANG.

Pada hakikatnya kami semua dalam saf parti PEJUANG sudahpun ‘move on’ dengan wadah perjuangan untuk lawan rasuah secara habis-habisan di samping bagi melaksanakan agenda kearah memperkasakan kedudukan melayu serta Islam berserta memelihara kepentingan bangsa lain sepertimana hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Cuma saya ingin menasihati dan mencabar budak hingusan Wan Saiful Wan Jan ini untuk memaklumkan kepada menteri dalam negeri dari kerajaan ‘tebuk atap’ beliau agar meluluskan pendaftaran parti PEJUANG secara kadar segera.

Sekiranya PEJUANG diluluskan pendaftarannya; pada waktu itu ketua penerangan parti PPBM yang tidak relevan lagi akan tahu ‘langit tinggi rendah’ dan akan tahu di mana nasib parti mereka bakal berada.

Tolong jangan cakap banyak!! Sekiranya pemimpin-pemimpin PPBM berani; tolong luluskan pendaftaran parti PEJUANG terlebih dahulu.

Selagi mereka tak berani luluskan pendaftaran parti PEJUANG tolong beritahu ketua penerangan parti PPBM agar dia boleh ‘strip naked and fly kites’.

‘Kalau kail panjang sejengkal; jangan cuba nak uji lautan gelora!!’



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...