Wan Saiful usah jadi balaci Muhyiddin, tiru cadangan Tun pun jadi dalca

Raggie Jessy Rithaudeen

وان صيفول اوسه جادي بالاچي محي الدين، تيرو چادڠن تون ڤون جادي دلچ

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan usah cuba mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memburuk-burukkan pembangkang yang tidak terlibat dalam kegagalan itu.

Menurut Wan Saiful, ahli parlimen pembangkang tidak mengemukakan idea berguna untuk negara semasa persidangan khas Dewan Rakyat.




Tetapi Wan Saiful lupa, bahawa kebelakangan ini, segala idea yang digunapakai oleh Muhyiddin ditiru bulat-bulat daripada cadangan seorang ahli pembangkang, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini termasuklah cadangan penutupan penuh sektor ekonomi dan sosial menerusi “Total Lockdown” dan penubuhan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang bebas politik kepartian.

Malangnya, kedua-dua idea ini tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya oleh pentadbiran Muhyiddin biarpun ditiru bulat-bulat.

Contohnya, apabila Muhyiddin mengumumkan “Total Lockdown,” beliau berjanji untuk menutup penuh sektor ekonomi dan sosial bagi menurunkan angka Covid-19 dan mengelakkan sistem kesihatan lumpuh.

Namun, Muhyiddin tidak dapat mengawal menteri-menterinya yang terus bertekak di mesyuarat kabinet berhubung keperluan penutupan sektor ekonomi.

Ini menjurus kepada kelulusan operasi lebih 128,000 syarikat pada hari ketiga “Total Lockdown,” di mana syarikat-syarikat ini berkait rapat dengan sektor yang menjadi punca utama kluster Covid-19.

Kemudian, apabila “Total Lockdown” terbukti gagal, Muhyiddin terus menjenamakannya semula sebagai “Pelan Pemulihan Negara” dan menetapkan nilai-nilai ambang baharu yang kononnya boleh dicapai dalam masa tiga hingga empat minggu.

Loading...

Namun, setelah mengharungi “Total Lockdown” selama 57 hari, jumlah kes harian naik berlipat kali ganda (16,117 kes) berbanding angka yang direkodkan pada hari pertama Lockdown (7,653 kes).

Adakah Muhyiddin mengaku kegagalannya di sini?

Tidak.

Sebaliknya, beliau terus bermuka tebal dan mendakwa tanpa segan dan silu bahawa kerajaan pimpinannya makin berjaya menangani penularan wabak Covid-19 kerana jumlah “kes serius” makin menurun.

Bukan hanya beliau menipu, “jumlah kes serius” tidak pernah menjadi nilai ambang kerajaan dalam Pelan Pemulihan Negara yang sememangnya menitikberatkan penurunan jumlah kes jangkitan, bukannya kes serius.

Saya dengan ini nasihatkan Wan Saiful untuk berhenti menjadi jurucakap Muhyiddin jika tidak ingin dibenci oleh rakyat.

Ini kerana Muhyiddin sudahpun dibenci teruk oleh segenap lapisan masyarakat yang tidak tahan lagi dengan politik darjat, kuasa dan kedudukan yang diamalkan oleh pentadbirannya secara terbuka.

Sebaliknya, Wan Saiful perlu menasihati Muhyiddin untuk meletakkan jawatan kerana kerajaan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional sah tidak memiliki majoriti setelah pengunduran Datuk Ahmad Jazlan dan Tengku Razaleigh Hamzah dari blok kerajaan.

Usahlah perdaya rakyat lagi, rakyat bukannya bodoh.

WAJIB BACA:

Pendedahan: Zahid lindungi Muhyiddin, setuju ahli parlimen UMNO tidak perlu letak jawatan jika Darurat tamat 1 Ogos ini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...