KUALA LUMPUR: Satu waran tangkap telahpun dikeluarkan sebentar tadi terhadap penasihat tetap kehormat Gagasan Tiga (G3), Dato’ Azwanddin Hamzah.
Walaupun TTF belum lagi diberitahu atas kesalahan apakah Dato’ Azwan bakal ditangkap, kami difahamkan bahawa dokumen-dokumen perjalanan beliau telah disekat manakala akaun-akaun bank beliau telahpun dibekukan.
Menurut sumber, belum ada lagi waran tangkap dikeluarkan terhadap pengerusi Gagasan Tiga (G3), Raggie Jessy.
TTF mengutuk sekeras-kerasnya tindakkan pihak berkuasa terhadap Dato’ Azwanddin dan menggangap ini sebagai satu usaha pihak kerajaan menenggelamkan suara rakyat, suara kuasa ketiga.
Ketika dihubungi, Raggie menyatakan sokongan padunya terhadap Dato’ Azwanddin dan menegaskan, bahawa kesemua ahli-ahli NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan aktivis yang berjumlah sekitar 200,000 orang setakat ini akan mara ke hadapan sekiranya perlu bagi memperjuangkan nasib beliau.
“Saya sanggup ke penjara demi menegakkan kebenaran dan membangkitkan semangat perjuangan Melayu-Islam,” ujar Raggie.
“Boleh jadi satu waran tangkap akan dikeluarkan terhadap saya atau mungkin juga sudahpun dikeluarkan,” tambah beliau.
