WARISAN: Hishammuddin tidak ubah seperti Cybertrooper, fitnah Shafie sebab mahu Barisan Nasional menang

Menurut Loretto, Hishammuddin kini tidak ubah seperti seorang cybertrooper bodoh yang cuba memutar-belit sesuatu laporan berita untuk mengelirukan penyokong totok mereka. Sumber (gambar): Fail TTF

واريثن: هشام الدين تيدق اوبه سڤرتي چيبرترواوڤر، فتنه شافعي سبب ماهو باريسن ناسيونل منڠ

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikatakan memfitah Datuk Seri Shafie Apdal semata-mata kerana ingin Barisan Nasional menang Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan 29hb September ini.

Menurut setiausaha agung Parti Warisan Sabah (WARISAN), Loretto Padua, Hishammuddin menimbulkan fitnah itu dengan memutar-belit kenyataan Shafie berhubung isu tuntutan Filipina yang disiarkan Berita Harian bertarikh 28 Ogos 2020.

“Baru-baru ini di Dewan Rakyat sidang Parlimen di dalam Kamar Khas dibuat untuk membahaskan usul pemimpin Warisan menentang segala tuntutan Filipina ke atas Sabah.

“Jadi apa yang cuba diputar-belitkan oleh Hishammuddin dalam status Facebook itu?

“Barisan Nasional (BN) telah memerintah negara selama berpuluh tahun tetapi mereka tidak pernah berjaya menghalang Filipina daripada terus menuntut Sabah,” dakwa Loretto.


PETALING JAYA: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikatakan memfitah Datuk Seri Shafie Apdal semata-mata kerana ingin Barisan Nasional menang Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan 29hb September ini.

Menurut setiausaha agung Parti Warisan Sabah (WARISAN), Loretto Padua, Hishammuddin menimbulkan fitnah itu dengan memutar-belit kenyataan Shafie berhubung isu tuntutan Filipina yang disiarkan Berita Harian bertarikh 28 Ogos 2020.




Dalam laporan itu, Shafie berkata isu tuntutan ke atas Sabah harus dipadam menerusi rundingan kerajaan dengan kerajaan di antara Malaysia dan Filipina.

Menurut beliau, selagi tiada kata putus membabitkan kedua-dua negara, selagi itu Filipina akan terus menimbulkan provokasi.

Laporan tersebut jelas menunjukkan pendirian Shafie bahawa Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia, tiada sebarang tuntutan daripada Filipina perlu dilayan.

“Baru-baru ini di Dewan Rakyat sidang Parlimen di dalam Kamar Khas dibuat untuk membahaskan usul pemimpin Warisan menentang segala tuntutan Filipina ke atas Sabah.

“Jadi apa yang cuba diputar-belitkan oleh Hishammuddin dalam status Facebook itu?

“Barisan Nasional (BN) telah memerintah negara selama berpuluh tahun tetapi mereka tidak pernah berjaya menghalang Filipina daripada terus menuntut Sabah.

“Sebab itulah Mohd. Shafie mahu satu kata putus, tamatkan segala tuntutan daripada Filipina, itu yang dimaksudkan oleh laporan berita tersebut,” dakwa Loretto.

Loading...

Menurutnya, Hishammuddin kini tidak ubah seperti seorang cybertrooper bodoh yang cuba memutar-belit sesuatu laporan berita untuk mengelirukan penyokong totok mereka.

“Hishammuddin menjadi cybertrooper bodoh yang memfitnah dan cuba memutar-belit tajuk sesuatu berita demi kepentingan politik.

“Saya sarankan Hishammuddin agar baca dahulu laporan berita itu sampai habis sebelum memperbodohkan diri sendiri dengan status di Facebook.”

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...