WARISAN umum tidak bertanding di Melaka, dakwa rakyat sudah muak dengan percaturan politik

Shafie berkata, rakyat ternyata sudah muak dengan percaturan politik sedemikian. Sumber (gambar): Fail TTF

واريثن عموم تيدق برتنديڠ د ملاك، دعوا رعيت سوده مواق دڠن ڤرچاتورن ڤوليتيك

Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun ada permintaan untuk parti itu berbuat demikian.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, biarpun Warisan akan melebarkan sayap ke Semenanjung, namun untuk terlibat dalam PRN Melaka, ia masih terlau awal.

Pendirian itu sekali gus menyaksikan Warisan menjadi parti kedua mengumumkan untuk tidak menyertai PRN Melaka pada 20 November depan selepas pendirian sama dinyatakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Isnin.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu beranggapan PRN berkenaan cuma mainan politik pihak tertentu selain keadaan semasa negara yang masih berdepan penularan Covid-19 bukan masa terbaik untuk pilihan raya diadakan.


KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun ada permintaan untuk parti itu berbuat demikian.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, biarpun Warisan akan melebarkan sayap ke Semenanjung, namun untuk terlibat dalam PRN Melaka, ia masih terlau awal.




Kata beliau, Warisan sebaliknya akan memberi tumpuan terhadap persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita tak campur tangan dalam urusan PRN Melaka. Untuk terlibat di peringkat negeri (di Semenanjung) masih awal lagi.

“Jadi, Warisan tidak meletakkan sebarang calon,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Selasa.

BACA JUGA: MUSLIHAT DI SEBALIK LARANGAN CERAMAH DI MELAKA

Pendirian itu sekali gus menyaksikan Warisan menjadi parti kedua mengumumkan untuk tidak menyertai PRN Melaka pada 20 November depan selepas pendirian sama dinyatakan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada Isnin.

Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu beranggapan PRN berkenaan cuma mainan politik pihak tertentu selain keadaan semasa negara yang masih berdepan penularan Covid-19 bukan masa terbaik untuk pilihan raya diadakan.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata, rakyat ternyata sudah muak dengan percaturan politik sedemikian.

“Saya difahamkan ada rakyat yang tidak mahu keluar mengundi. Fokus rakyat sekarang untuk teruskan (kelangsungan) hidup dan nak cari makan,” katanya.

Loading...

Memperincikan tentang persediaan menghadapi PRU15, Mohd Shafie menegaskan, persiapan yang dilakukan berjalan lancar terutama dalam usaha mengembangkan sayap Warisan ke Semenanjung dengan menjalin kerjasama bersama parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Setakat ini saya dah lakukan perbincangan dengan Pengasas Bersama Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan beberapa pimpinan lain dan mereka menyatakan kesediaan untuk menyertai Warisan.

“Apa yang penting, menerusi usaha ini kita menyediakan satu landasan kepada orang muda untuk berkhidmat selaras dengan apa yang diharapkan pengundi kerana merekanpenting bagi kita,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...