Warkah kepada Agong: Akhirnya terbongkar niat sebenar Anwar…

“Jika Anwar berani, terbitkanlah senarai nama ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan dan UMNO berserta Surat Akuan Bersumpah mereka jika benar dakwaan saya palsu”

Raggie Jessy Rithaudeen

ورقه كڤد اڬوڠ: اخيرڽ تربوڠكر نية سبنر انور…

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak habis-habis dengan niatnya menjadi Perdana Menteri walaupun berkali-kali ditolak oleh majoriti ahli parlimen, termasuk ketika fasa pengundian Belanjawan 2021 selepas bacaan ketiga.

Petang tadi, Anwar mendedahkan bahawa majoriti ahli Parlimen pembangkang dan beberapa daripada kerajaan sudah menulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.




Warkah yang dimaksudkan adalah bagi memohon kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Tuanku menilai semula alasan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri membabitkan isu darurat.

Saya tidak mempertikaikan langkah sedemikian atas tiga sebab:

1. Adalah menjadi hak sesiapa untuk meminta pengisytiharan Darurat dipertimbangkan semula jika niat pihak berkenaan adalah ikhlas.

2. Locus Standi Muhyiddin untuk menasihati Yang Di-Pertuan Agong membabitkan isu darurat menjadi tanda tanya memandangkan Muhyiddin sah kehilangan majoriti sebelum nasihat itu diberikan

3. Langkah menulis warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk meminta pengisytiharan Darurat dipertimbangkan semula tidak mempertikaikan kuasa berperlembagaan Seri Paduka Baginda Tuanku untuk membuat pengisytiharan berkenaan.

Apa yang saya pertikaikan di sini ialah niat sebenar Anwar yang dilihat sedang cuba menggunakan “warkah kepada Agong” sebagai bukti sokongan majoriti terhadapnya.

Ini jelas apabila Anwar menggunakan warkah yang seharusnya bertumpu kepada isu “kesesuaian Darurat” dan “penggantungan parlimen” untuk memberi bayangan Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan “bersedia untuk bekerjasama bagi membentuk pentadbiran negara yang lebih stabil.”

Loading...

Jika inilah niat Anwar, maka pada hemat saya, beliau sekali lagi cuba memperlekeh kemuliaan institusi diraja dan sedang menjaja nama Yang Di-Pertuan Agong untuk memperdaya ahli-ahli parlimen.

Anwar sebelum ini pernah melambung-lambung nama Seri Paduka Baginda Tuanku ketika tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Sabah untuk meyakinkan ahli-ahli parlimen bahawa beliau memiliki majoriti hampir dua per tiga.

Dakwaan itu akhirnya terbukti palsu apabila beliau tidak dapat mengemukakan sebarang bukti sahih sokongan terhadapnya ketika menghadap Yang Di-Pertuan Agong hingga dinasihati oleh Seri Paduka Baginda Tuanku untuk mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Hari ini Anwar sekali lagi sedang menggunakan warkah yang ditujukan kepada pihak Istana untuk membincangkan isu peralihan kerajaan, sekaligus memberikan gambaran kononnya beliau disokong oleh pembangkang dan juga ahli-ahli parlimen dari kerajaan.

Malangnya, Anwar lupa bahawa sekutunya dari UMNO, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tidak berjaya mengumpulkan sokongan melebihi tujuh ahli parlimen dari Barisan Nasional.

Malah, Anwar sendiri tidak berjaya mengumpulkan 91 akuan bersumpah dari kalangan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan, dan saya difahamkan jumlah sebenar dari gabungan itu yang menandatangani Surat Akuan Bersumpah untuk menyokong Anwar tidak melebihi 40 orang.

Justeru, cadangan penubuhan kerajaan gandingan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang diusahakan bersama oleh Najib, Zahid dan Anwar gagal direalisasikan malah ditolak terus oleh ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Jika Anwar berani, terbitkanlah senarai nama ahli-ahli parlimen dari Pakatan Harapan dan UMNO berserta Surat Akuan Bersumpah mereka jika benar dakwaan saya palsu.

Kalau tidak, janganlah dijaja “Warkah kepada Agong” dan nama baik Seri Paduka Baginda Tuanku untuk menimbulkan persepsi palsu, sekaligus menimbulkan kemarahan rakyat jelata yang sudah cukup terseksa dengan keadaan negara kini.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...