Wayang Kulit PRU14 Mahathir & anaknya telah bermula

TTF : Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkidmat berkata, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) akan dibawa ke muka pengadilan. Menurut bekas negarawan itu, agensi tersebut gagal dalam melaksanakan tugasnya sebagai agensi utama Kerajaan yang menguruskan pendaftaran dan memantau aktiviti parti politik dan NGO di Malaysia, apabila banyak permohonan dan permintaan yang dibuat oleh Pakatan Harapan diabaikan oleh mereka.

Mesej yang beliau cuba sampaikan kepada rakyat adalah jelas – senario di Malaysia sekarang, jika anda menghantar surat kepada jabatan Kerajaan dan gagal mendapatkan respon, cara terbaik untuk mencari jalan keluar adalah melalui tindakan undang-undang kerana mereka tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan, bukan bertemu dengan pegawai dari agensi tersebut dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Ironinya, pendapat ini datang dari seorang lelaki yang anak dan darah dagingnya sendiri memberi gambaran bahawa tidak mengapa untuk RoS melanggar peraturan sekali sekala.

Pada 22 Disember 2017, Dato ‘Seri Mukhriz Mahathir mendakwa bahawa keputusannya untuk melaksanakan Menyuarat Agung Tahunan (AGM) yang dijadualkan pada ketika itu telah digagalkan oleh Ketua Pengarah RoS dengan sengaja apabila beliau tidak mengeluarkan jawapan rasmi kepada PPBM. Beliau juga menyatakan bahawa kenyataan Suriyati Ibrahim pada 25 November 2017 kepada media adalah tidak sah dan boleh diterima kerana ianya tidak dibuat kepada parti itu secara rasmi.

Jawapan dari RoS yang dimaksudkan oleh Muhkriz adalah berhubung dengan cadangan yang dikemukakan oleh beliau kepada RoS pada 23 November 2017 memohon ulasan mengenai perlembagaan parti dan perkara-perkara yang berkaitan. Pada 16 November 2017, RoS telah membuat kenyataan yang jelas bahawa kegagalan PPBM untuk mengadakan AGM dalam tempoh satu tahun dari tarikh pembentukannya akan meletakkan parti itu berisiko untuk dibatalkan pendaftarannya.

Kemudian, perkara yang paling bodoh sekali lagi dibuat oleh Pakatan sejak Lim Guan Eng menuduh RoS berkonspirasi menjatuhkan mereka. Mukhriz dalam usaha untuk menegakkan tindakan beliau dengan tiba-tiba merujuk kepada kenyataan Suriyati, bahawa RoS memerlukan seminggu untuk meneliti cadangan yang dikemukakan. Ianya adalah sangat bodoh sekali kerana Mukhriz merujuk kepada kenyataan 25th November 2017 yang dibuat oleh Ketua Pengarah RoS, kenyataan yang sama yang beliau katakan sebelum ini tidak sah dan tidak boleh diterima.

Di dalam keadaan ini, kenapa beliau tidak mengambil berat dengan kenyataan dan amaran Suriyati – yang dikeluarkan dalam kenyataan yang sama – bahawa semua organisasi wajib mematuhi perlembagaan parti masing-masing dan Akta Pertubuhan 1966. Semakin banyak yang anda baca, semakin jelas bahawa anak lelaki Mahathir ini mempunyai minda “penerimaan selektif” yang bermaksud, dia melihat hanya apa yang dia mahu lihat dan mendengar hanya apa yang dia mahu dengar.

Selain itu, kenyataan Ketua Pengarah RoS yang menyatakan mereka memerlukan seminggu untuk meneliti cadangan itu tidak wajar dijadikan tiket bagi sesiapa sahaja untuk melanggar peraturan sesuka hati.

Pada 7 Februari 2018, saya telah menulis kenyataan berikut:

Bayangkan senario ini – anda menulis ke JPJ yang menyatakan sebab-sebab kenapa anda patut dibenarkan memandu tanpa lesen memandu yang sah. Ketua Pengarah JPJ kemudian menjawab dengan menyatakan bahawa mereka memerlukan seminggu untuk meneliti cadangan anda, tetapi mengingatkan anda bahawa ia adalah bertentangan dengan undang-undang untuk melakukan apa yang anda cadang untuk lakukan. Apabila beliau tidak memberi maklum balas kepada anda dalam kapasiti rasmi, anda teruskan dengn cadangan anda untuk memandu tanpa lesen, dan memberitahu semua orang bahawa Ketua Pengarah JPJ bersalah kerana tidak menjawab permohonan anda.

Dah faham?

Pada 22hb Disember 2017, Mukhriz berusaha bersungguh-sungguh memanipulasi keadaan dan menipu rakyat Malaysia dengan cuba meletakkan dalam fikiran rakyat bahawa adalah wajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan apabila agensi-agensi Kerajaan tidak memberi jawapan dan maklum balas terhadap cadangan beliau yang tidak masuk akal.

Pada masa yang sama, hari ini, bapa beliau pula menyatakan bahawa adalah wajar untuk menyaman dan membawa agensi-agensi yang berkaitan ke muka pengadilan sekiranya mereka mengabaikan permohonan dan permintaan anda, dalam erti kata lain, dia cuba sampaikan bahawa mereka tidak menjalankan tugas mereka.

Bapa borek, anak rintik, kan?

(Translated by: Fazrina)

****************************

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) said today it will be taking the Registrar of Societies (RoS) to court for remaining silent over the status of the coalition’s official application.

PH chairman Tun Dr Mahathir Mohamad said the decision was made following the agency’s failure to respond to multiple requests and applications by PH.

“Court action will be taken almost immediately because we feel that RoS is failing in its duty as a government agency,” he said in a press conference after the PH presidential council meeting.

Dr Mahathir added that RoS’ unresponsiveness was hindering preparations for the upcoming general election.

“We cannot say that RoS has rejected our application but we cannot do anything now as we do not have approval.

“It’s very bad for us as we cannot make preparations for the election. Whether it is RoS’ intention to do so, the fact is that by not replying us, they are effectively helping BN win the election.”

RoS earlier claimed that they were not dragging their feet on the pact’s application but said the application was held up by unresolved issues involving DAP and Parti Pribumi Bersatu Malaysia. (PPBM)

Speaking on PH’s manifesto, Dr Mahathir said they will only make promises they can keep.

“Many in PH have made different claims, we do not condone statements that we find are not achievable once we take office,” Dr Mahathir said.

“We have made 60 promises and we hope to execute these well instead of making more promises we cannot keep.”

Source: The Malay Mail Online

Comments

Comments