We hope Kit Siang makes a speedy recovery

TTF: We at TTF are saddened to read the news item below and do hope that all is well with Lim Kit Siang. Although we may be from opposing sides of the political divide, it is our heartfelt desire to see him return to his usual inexorable self, all hale and hearty with that signature grin of his. 

So please, uncle Lim, get well soon. 




From the bottom of my heart,

Raggie Jessy

*****************************

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dikatakan kini dirawat secara rapi gara-gara penyakit kanser buah pinggang.

Keadaan Ketua Parlimen DAP itu dikatakan koma selepas doktor berjaya membuang tumor kecil itu pada Disember tahun lepas.

Justeru, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mahu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng  menjelaskan status terkini kesihatan bapanya khususnya kepada pengundi Parlimen Gelang Patah.

Katanya, ada sumber dalaman DAP memaklumkan , Kit Siang kini dalam keadaan kritikal namun ia tidak dihebahkan kepada umum.

Loading...

“Adakah benar Lim Kit Siang berada dalam keadaan koma serta tidak sedarkan diri dan kini beliau berada di Singapura?

“Saya mendesak Guan Eng menjelaskan keadaan sebenar kerana rakyat khususnya di kawasannya ingin tahu ke mana hilangnya wakil rakyat mereka,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengesahkan ayahnya menghidap kanser buah pinggang tahap pertama dan selamat menjalani pembedahan membuang tumor kecil berkenaan pada 19 Disember lalu.

Ramesh juga berkata, sumber dalaman parti itu juga memberitahu, nama hospital di mana Kit Siang menjalani pembedahan turut dirahsiakan atas sebab tertentu.

“Guan Eng beritahu Kit Siang menjalani prosedur Laparoscopic Partial Nephrectomy pada 19 Disember lepas. Guan Eng kata prosedur itu berjalan dengan baik dan doktor menjangkakan beliau akan pulih seperti sedia kala tanpa sebarang komplikasi,” katanya.

‘Kehilangan’ Kit Siang disedari ramai pemimpin pembangkang selepas beliau tidak hadir ke Konvensyen Pakatan Harapan  di Shah Alam pada 7 Januari lepas dan sehingga kini masih menjadi tandatanya.

Ekoran ketidakhadiran bapanya, Guan Eng menjadi wakil Kit Siang pada konvensyen itu bagi menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sementara sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

“Sebagai anak, lebih elok Guan Eng beri penjelasan kepada orang ramai berkenaan status bapanya,” kata Ramesh

Sumber: Suara.tv



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...