Welcome back to the era of crony capitalism…

TTF: Welcome back to the era of Mahathirism and crony capitalism…

KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, mengumumkan pihaknya mengemukakan permohonan pembinaan landasan kapal terbang di Pulau Tioman.

Pembinaan berkenaan katanya, akan menggunakan perbelanjaan sendiri yang dianggarkan sekitar RM1.1 bilion ke RM1.2 bilion.

“Kami sedang merancang projek infrastruktur yang baharu. Kami juga akan mengemukakan kertas cadangan kepada kerajaan tetapi pembinaan itu dengan perbelanjaan sendiri menggunakan pinjaman daripada bank dan rakan kongsi.

“Kami tidak akan membebankan kerajaan kerana saya rasa siapa sahaja yang mahu menjalankan projek infrastruktur, mereka perlulah mencari pembiayaan sendiri dan tidak hanya meminta kepada kerajaan,” katanya selepas sidang media Kelab Bola Sepak Cardiff City di sini hari ini.

Pemilik kelab bola sepak Cardiff City itu berkata, amalan menggunakan perbelanjaan sendiri sepatutnya digunakan bagi mengurangkan bebanan kepada kerajaan yang kini berdepan dengan situasi kewangan yang tidak begitu baik.

“Kami faham dengan situasi kerajaan pada masa kini adalah tidak begitu baik, jadi kami bersedia untuk mencari rakan kongsi dan menswastakan projek itu bagi membolehkan kerajaan tidak perlu membayarnya,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan projek itu, Vincent berkata lapangan terbang itu akan diuruskan oleh kerajaan kelak dengan pihaknya memerlukan persetujuan dan tanah untuk tujuan pembinaan lapangan terbang itu.

“Seperti sebelum ini mengenai pembinaan projek keretapi (Keretapi Laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura), jika ada pihak yang merasakan ia bagus, mereka sepatutnya membina sendiri, mencari pembiayaan sendiri dan membinanya sebagai mana projek perniagaan yang lain,” katanya.

Cadangan pembinaan landasan kapal terbang di Pulau Tioman itu bermula sejak tahun 2003 dengan cadangan itu dibatalkan pada tahun 2009 apabila isu kebimbangan kerosakan alam sekitar dijadikan alasan.

Sumber: Berita Harian Online

Comments

Comments