Mujahidin Zulkiffli
سياڤا يڠ انور چوبا نق كلينتوڠ؟
Berikut merupakan beberapa petikan wawancara stesyen radio BFM pagi tadi bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim (dalam segmen The Breakfast Grille – https://www.bfm.my/podcast/morning-run/the-breakfast-grille/when-will-anwar-let-go)
1. Ditanya berapa lama lagi sanggup menunggu untuk jadi PM, mungkin lagi 20 tahun (sehingga berumur 90):
“Gila. Tidak mungkin saya hendak menunggu sehingga berumur 90 tahun baru hendak berfungsi dengan berkesan untuk memimpin negara.” (Minit 17.43)
2. Ditanya tentang kenyataan Mahathir bahawa Anwar tidak sabar hendak jadi PM:
“Siapa yang gila untuk terus jadi PM pada umur 90 atau 95?”(Minit 18.26)
3. Ditanya begaimana perasaan jika tidak dapat menjadi PM:
“Saya akan bersara, jadi profesor, tulis buku, luangkan masa bersama cucu, dan melihat-lihat pisang saya, nanas, durian dan rambutan.” (Minit 20.57)
4. Ditanya adakah akan berasa sangat kecewa jika gagal jadi PM:
“Saya mesti jujur, ada kekecewaan… Namun selain daripada itu, kita harus bergerak ke hadapan” (Minit 21.18)
5. Ditanya adakah masih mahu jadi PM:
“Jika diberi peluang, saya fikir negara ini perlukan pembaharuan dan saya boleh mainkan peranan kecil dalam proses ini.” (Minit 21.47)
6. Ditanya apakah peranan Mahathir dalam Pakatan Harapan:
“Beliau bukan anggota Pakatan Harapan…” (Minit 5.20)
7. Ditanya oleh sebab Anwar tidak lagi percaya kepada Mahathir (kenyataan dalam wawancara CNBC pada Mac 2020), adakah tiada lagi kerjasama dengannya:
“Tidak. Kami akan terus bersamanya apabila perlu…” (Minit 6.03)
Mahathir bukan anggota Pakatan Harapan. Tapi Pakatan Harapan akan terus bersama Mahathir apabila perlu???
And people say I have no principles! Hahahahaha hahahahaha hahahahahahahaha
If Pakatan Harapan leaders had principles to begin with, there wouldn’t have been Pakatan Harapan in the first place.
Pakatan Harapan was formed out of needs and pragmatism.
Had they stuck with principles, it would not have been formed.
But then I supported that pragmatic move.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
