WHO: Malaysia diberi amaran, sudah mula wujud kes Coronavirus yang langsung tiada kaitan dengan China

Pengarah WHO bagi Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai. Sumber (gambar): MalaysiaGazette

وهو: مليسيا دبري امران، سوده مولا وجود كيس چوروناۏيروس يڠ لڠسوڠ تياد كاءيتن دڠن چينا

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara-negara rantau ini termasuk Malaysia supaya bersedia terhadap sebarang kemungkinan penyebaran wabak koronavirus (Covid-19) yang lebih meluas.

Pengarah WHO bagi Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai berkata, virus itu ketika ini berada ‘di persimpangan yang kritikal’ kerana sudah terdapat kes positif Convid-19 yang langsung tiada hubungan dengan China.

Kata Dr Takeshi, sekiranya berlaku wabak yang meluas, semua pihak perlu memastikan fasiliti kesihatan memfokuskan kepada merawat mereka yang terjejas dan kes yang parah.

Sementara itu, Dr Takeshi turut mencadangkan pihak berwajib bersedia untuk menukar pendekatan dari menguji setiap kes yang disyaki kepada ujian terhad yang memantau daya merebak secara geografi dan trend.


SHAH ALAM: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada negara-negara rantau ini termasuk Malaysia supaya bersedia terhadap sebarang kemungkinan penyebaran wabak coronavirus (Covid-19) yang lebih meluas.

Pengarah WHO bagi Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai berkata, virus itu ketika ini berada ‘di persimpangan yang kritikal’ kerana sudah terdapat kes positif Convid-19 yang langsung tiada hubungan dengan China.




Beliau berkata, walaupun virus tersebut dilihat lebih mudah merebak berbanding daripada data awal, namun ia tidak bermaksud virus berkenaan sudah merebak di Malaysia.

“Ketika negara-negara dunia berusaha mengawal virus ini, kita mesti bersedia sekiranya Convid-19 merebak dengan lebih luas. Tindakan ini harus bermula hari ini kerana persiapan memerlukan masa terutamanya bagi memastikan respons sampai kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Sekiranya wabak ini terus merebak, fokus utama adalah melindungi mereka yang mudah dijangkiti dan meminimumkan impak terhadap kesihatan dan sosial. Jika kita tidak bersedia sekarang, kita tidak akan mampu melaksanakan pelan ketika kita memerlukannya nanti,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kata Dr Takeshi, sekiranya berlaku wabak yang meluas, semua pihak perlu memastikan fasiliti kesihatan memfokuskan kepada merawat mereka yang terjejas dan kes yang parah.

“Ini mungkin bermaksud menggalakkan individu yang mempunyai simptom ringan untuk duduk di rumah berbanding mengasingkan atau mengkuarantinkan mereka.

“Dengan cara ini, fasiliti kesihatan tidak sesak. Langkah seterusnya adalah memastikan fasiliti kesihatan tidak menjadi tempat pembiakan virus ini, sekali gus boleh menjangkiti staf dan pesakit lain,” katanya.

Sementara itu, Dr Takeshi turut mencadangkan pihak berwajib bersedia untuk menukar pendekatan dari menguji setiap kes yang disyaki kepada ujian terhad yang memantau daya merebak secara geografi dan trend.

Loading...

“Secara tambahan, kita juga perlu bersedia untuk membuat keputusan sama ada menutup sekolah, menangguhkan himpunan awam bagi mengurangkan kebarangkalian virus ini merebak,” katanya.

Menurutnya, beliau memahami kenapa orang awam bimbang mengenai wabak ini kerana sehingga ke hari ini masih banyak yang belum diketahui mengenai Convid-19.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...