Wujud gerakan berani ceroboh hal ehwal Islam

Urusan zakat menyaksikan pemimpin Islam umpama boneka sahaja kerana membiarkan agihan rukun Islam tersebut dilakukan pemimpin bukan Islam. Sumer (gambar): Malaysia Kini 2.0

Perwakilan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Hushaimi Hussian berkata, terdapat kewujudan gerakan perubahan yang mempelopori usaha pembebasan atas nama pembaharuan dan pemodenan dari luar telah dibawa masuk ke negara ini oleh pihak tertentu.

Beliau merujuk isu terkini untuk mengkaji silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dengan membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk menyuarakan pandangan berkenaannya.


KUANTAN: Kewujudan gerakan perubahan yang mempelopori usaha pembebasan atas nama pembaharuan dan pemodenan dari luar telah dibawa masuk ke negara ini oleh pihak tertentu.

Perwakilan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Hushaimi Hussian berkata, dari gerakan tersebut terdapat pemimpin bukan Islam yang berani menceroboh dan mencampuri urusan agama Islam.




Beliau merujuk isu terkini untuk mengkaji silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dengan membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk menyuarakan pandangan berkenaannya.

Begitu juga sebelum itu ujarnya, apabila urusan zakat yang menyaksikan pemimpin Islam umpama boneka sahaja kerana membiarkan agihan rukun Islam tersebut dilakukan pemimpin bukan Islam.

Beliau membahas Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 di Dewan Konvensyen Bukit Gambang Resort City, di sini sebentar tadi.

Memetik sejarah kegemilangan Islam Melaka, beliau menegaskan bahawa pemuda mesti mewujudkan kesedaran dan gelombang kebangkitan rakyat mengembalikan kekuasaan pemerintahan.

Iaitu jelasnya, pemuda mesti berada di posisi zaman dengan melaksanakan tanggungjawab turun padang memberi kefahaman kepada anak muda melalui kempen kesedaran daftar pemilih.

Pemerkasaan dakwah dan akidah juga serunya, perlu dipergiatkan pemuda dengan mendekati masyarakat menerusi pelbagai usaha dan tidak hanya tertumpu kepada kelompok atau kalangan tertentu sahaja.

Beliau juga berharap Pemuda PAS mengadakan jalinan hubungan dan kerjasama dengan pelbagai NGO untuk disepadukan dalam menggerakkan dakwah, pendidikan dan politik secara bersama.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...