‘Ya, memang betul saya jumpa Mahathir’

Redzuan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi semalam bagi menyangkal dakwaan beliau akan letak jawatan. Sumber (gambar): Fail TTF

ءيا، ميمڠ بتول ساي جومڤا محضيرء

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini mengaku menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK) semalam.

Redzuan mengesahkan pertemuan itu selepas tular di media sosial kehadiran beliau di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam untuk bertemu dengan bekas perdana menteri itu.

Redzuan bagaimanapun menafikan pertemuan itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau akan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Pertemuan itu juga bukan seperti dilaporkan media yang saya akan tinggalkan PN. Itu tidak betul. Itu semua fitnah orang yang ada kepentingan, yang nak burukkan saya,” katanya sepertimana dilaporkan oleh Berita Harian.


PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof hari ini mengaku menemui Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana (YPK) semalam.

Redzuan mengesahkan pertemuan itu selepas tular di media sosial kehadiran beliau di ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam untuk bertemu dengan bekas perdana menteri itu.




Redzuan bagaimanapun menafikan pertemuan itu ada kaitan dengan dakwaan kononnya beliau akan menarik diri daripada menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Ya memang betul saya berjumpa Tun. Saya jumpa di YKP lebih kurang jam 9 pagi. Saya boleh berjumpa selepas mendapat pelepasan daripada MKN, sebab saya negatif (Covid-19).

“Pertemuan itu perjumpaan biasa. Ziarah sempena Aidilfitri. Kita kawan baik, kawan lama. Tidak ada bincang soal politik.

“Saya nasihat dan mengajak Tun supaya sama-sama bantu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘kawan-kawan’ untuk membina semula negara sebab kita sedang dilanda Covid-19. Nampak Tun positif dengan nasihat itu.

“Pertemuan itu juga bukan seperti dilaporkan media yang saya akan tinggalkan PN. Itu tidak betul. Itu semua fitnah orang yang ada kepentingan, yang nak burukkan saya,” katanya sepertimana dilaporkan oleh Berita Harian.

Semalam, timbul desas-desus kononnya akan berlaku peletakan jawatan seorang menteri apabila sebuah portal online melaporkan akan berlaku satu sidang akhbar bagi memaklumkan perkara itu.

“Menteri tersebut merupakan ahli parlimen dari Bersatu dan beliau akan mengadakan satu sidang akhbar petang ini bagi memaklumkan perkara ini.

Loading...

“Perletakkan jawatan tersebut disebabkan krisis yang melanda Bersatu,” katanya ringkas.

Laporan ini disusuli sebuah lagi laporan menerusi media arus perdana, di mana kali ini, Redzuan didakwa akan mengadakan sidang media di ibu pejabat Bersatu dan akan disertai Timbalan Menteri Kerja Raya Shahruddin Md Salleh.

Bagaimanapun, Redzuan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi semalam bagi menyangkal dakwaan berkenaan.

Sebaliknya, pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi lewat petang semalam bagi menafikan pengumuman sidang media Redzuan

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...