Ya, Perdana Menteri sah menghadap Agong hari ini

Semua laporan yang mendakwa akan berlaku pembubaran dilihat berasal daripada sumber-sumber yang tidak dinamakan, yang memberi tafsiran masing-masing berhubung kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu taklimat tertutup. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤردان منتري صح مڠهادڤ اڬوڠ هاري اين

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, bersamaan hari Khamis, 6hb Oktober 2022.

Memandangkan pertemuan dengan Yang Di-Pertuan Agong sudah sah dijadualkan hari ini, nyata bahawa dakwaan kononnya “pembubaran akan diusulkan pada hari Jumaat” tidak benar.

Berhubung persoalan samada parlimen akan dibubarkan atau tidak, ikuti penjelasannya menerusi video di bawah:


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, bersamaan hari Khamis, 6hb Oktober 2022.

Ini adalah berdasarkan laporan media, yang melaporkan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri mengesahkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini.




Bagaimanapun, adalah tidak pasti jika Perdana Menteri akan mengusulkan pembubaran parlimen sepertimana yang diwar-warkan pihak tertentu.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Terdapat juga laporan yang mendakwa Perdana Menteri akan mengusulkan pembubaran parlimen pada hari Jumaat.

Namun, memandangkan pertemuan dengan Yang Di-Pertuan Agong sudah sah dijadualkan hari ini, nyata bahawa dakwaan kononnya “pembubaran akan diusulkan pada hari Jumaat” tidak benar.

Semua laporan yang mendakwa akan berlaku pembubaran dilihat berasal daripada sumber-sumber yang tidak dinamakan, yang memberi tafsiran masing-masing berhubung kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu taklimat tertutup.

Ini menandakan Zahid sendiri tidak mendedahkan sebarang tarikh, dan segala laporan media adalah bersandar kepada ura-ura.

Berhubung persoalan samada parlimen akan dibubarkan atau tidak, ikuti penjelasannya menerusi video di bawah:

Loading...

THE THIRD FORCE



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...