Ya, sudah nampak bayang Blok Kuasa Ketiga

“Kemampuan blok-Mahathir tidak dapat dinafikan lagi, khususnya menerusi pelantikan barisan kepemimpin yang mantap untuk menerajui negeri-negeri di Semenanjung dan pelantikan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai peneraju PEJUANG Wilayah Persekutuan”

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

كممڤوان بلوك كواس كتيڬ تيدق داڤت دينافيكن لاڬي

Kemelut politik yang melanda kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang tidak mampu terlerai sampai bila-bila malah dijangka menjadi lebih teruk jika Pilihan Raya Umum ke-15 tidak diadakan dalam masa terdekat.

Di blok pembangkang, Pakatan Harapan makin berkecai susulan kemunculan puak anti-Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan merangkumi lebih 50 peratus kepimpinan PKR, DAP dan AMANAH di pelbagai peringkat.




Apa yang menarik, kesemua yang menolak Anwar lebih menjurus kepada blok Tun Dr Mahathir Mohamad yang makin mendominasi lanskap pembangkang dan sudah mula menunjukkan ciri-ciri kuasa ketiga, walaupun tidak seperti yang saya bayangkan.

Kemampuan blok-Mahathir tidak dapat dinafikan lagi, khususnya menerusi pelantikan barisan kepemimpin yang mantap untuk menerajui negeri-negeri di Semenanjung dan pelantikan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan sebagai peneraju PEJUANG Wilayah Persekutuan.

Manakala itu, blok kerajaan terbahagi kepada Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang tidak mungkin bekerjasama di Pilihan Raya Umum ke-15 disebabkan penolakkan menyeluruh akar umbi UMNO terhadap PPBM.

Barisan Nasional turut mengalami krisis kepimpinan yang teruk susulan penolakkan lebih 85 peratus pemimpin bahagian dan cawangan UMNO serta kepimpinan MCA dan MIC terhadap kluster mahkamah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini menyebabkan Barisan Nasional kini berada dalam kedudukan paling lemah dalam sejarah dan berkebarangkalian tinggi akan mencapai prestasi paling buruk pada pilihan raya umum ke-15.

Kesemua ini ditafsir sebagai ketidaktentuan politik yang makin lama makin dirasakan oleh pelabur asing menyebabkan mereka takut untuk melabur di negara ini.

Perkara ini pernah diutarakan oleh pakar-pakar antarabangsa yang mengesahkan prestasi negara ini adalah yang terburuk di rantau Asia Tenggara disebabkan masalah “ketidaktentuan dalam tadbir urus” negara.

Loading...

Fenomena “lompat katak” melibatkan ahli-ahli politik dak kesanggupan mereka mengkhianati mandat rakyat turut mendedahkan kepada rakyat jelata dan pelabur asing kewujudan politik sogokkan wang, kuasa dan kedudukan.

Para pelabur dapat melihat bagaimana mereka yang tidak memiliki apa-apa kepakaran untuk jawatan yang diberikan diamanatkan dengan projek-projek kerajaan semata-mata untuk memastikan kerajaan tidak tumbang.

Semua ini bakal memudaratkan lagi negara dan meningkatkan tahap kebencian rakyat terhadap kerajaan melainkan Pilihan Raya diadakan dalam masa terdekat.

Sebarang penangguhan tidak akan membawa kepada pembentukkan blok baharu yang lebih stabil dan diterima rakyat kerana tidak ada apa-apa kombinasi yang diterima oleh majoriti pemimpin dalam mana-mana parti.

Ini terbukti apabila cadangan kerjasama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ditolak hampir 90 peratus pemimpin kedua-dua gabungan tersebut yang turut menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PPBM dan PAS.

Justeru, saya mencadangkan agar parlimen Malaysia ke-14 dibubarkan sebelum hujung bulan ini agar Pilihan Raya Umum ke-15 dapat dilaksanakan sebelum Julai, selaras dengan aspirasi asal beberapa pemimpin Perikatan Nasional.

Saya turut mencadangkan agar SOP baharu diterapkan agar semua parti politik hanya dibenarkan berkempen dari rumah-ke-rumah dengan SOP ketat dan berceramah di Dewan Serbaguna bersaiz besar dengan kehadiran tidak melebihi 100 individu bagi setiap satu sesi.

Pada hari mengundi, Suruhanjaya Pilihan Raya boleh menurut SOP yang diterapkan dengan jayanya di Sabah, di mana punca sebenar penularan wabak Covid-19 adalah kegagalan pematuhan SOP ketika fasa berkempen, bukannya di fasa Pilihan Raya.

Sekian

MUST READ:

KANTOI: TAKTIK TERDESAK RACUNI PEMIKIRAN PENYOKONG MAHATHIR TERBONGKAR [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...