Yang ‘pecat’ Mahathir kini ‘dipecat’, Mahathir pula didakwa ahli sah

Marzuki berkata pemecatan anggota sepatutnya dirujuk kepada lembaga disiplin dan Majlis Tertinggi parti terlebih dahulu, namun perkara itu tidak dilakukan. Sumber (gambar): Fail TTF

يڠ ءڤچتء محضير كيني ءدڤچتء – محضير ددعوا اهلي سه

Datuk Marzuki Yahya malam semalam bertindak memecat setiausaha kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhammad Suhaimi Yahya.

Menurut Marzuki, pemecatan itu, yang berkuat kuasa serta-merta, dibuat selepas Suhaimi mengutuskan surat terhadap lima pemimpin PPBM bagi memaklumkan keahlian mereka ‘terhenti serta merta’.

Marzuki memetik beberapa Fasal dari perlembagaan PPBM, termasuk Fasal 8.11 yang menetapkan “kesemua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli adalah di bawah bidang kuasa setiausaha agung.”

PETALING JAYA: Datuk Marzuki Yahya malam semalam bertindak memecat setiausaha kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Muhammad Suhaimi Yahya.

Menurut Marzuki, pemecatan itu, yang berkuat kuasa serta-merta, dibuat selepas Suhaimi mengutuskan surat terhadap lima pemimpin PPBM bagi memaklumkan keahlian mereka ‘terhenti serta merta’.

Salinan surat yang dihantar oleh Marzuki, yang menganggap dirinya sebagai Setiausaha Agung parti yang sah, adalah seperti yang dilampirkan di hujung bawah.

Dalam surat berkenaan, Marzuki berkata Suhaimi dipecat serta merta kerana pelanggaran etika kerja dan perlembagaan PPBM (Pindaan 2019).

Beliau menambah, Suhaimi “membuat keputusan berhubung pentadbiran parti dan mengeluarkan surat pemecatan keahlian tanpa pengetahuan dan tidak merujuk saya terlebih dahulu selaku ketua pentadbir Ibu pejabat parti dan setiausaha agung parti yang sah.”

Marzuki memetik beberapa Fasal dari perlembagaan PPBM, termasuk Fasal 8.11 yang menetapkan “kesemua perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli adalah di bawah bidang kuasa setiausaha agung.”

Di samping itu, Fasal 16.6.3 dan 16.6.5 menyatakan setiausaha agung mengelola pentadbiran ibu pejabat parti dan perihal pengurusan keahlian dan daftar ahli.

“Orang yang mengeluarkan surat itu harus dipecat dan kandungan surat itu sama sekali tidak ada asas. Tun dan yang lain masih sah sebagai ahli,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Marzuki turut dilaporkan berkata beliau masih merupakan setiausaha agung parti itu dan urusan berkaitan keahlian berada di bawah bidang kuasanya.

Loading...

Di samping itu, beliua berkata pemecatan anggota sepatutnya dirujuk kepada lembaga disiplin dan Majlis Tertinggi parti terlebih dahulu, namun perkara itu tidak dilakukan.

Sebelum ini, Mahathir mendakwa pemecatan Marzuki tidak sah dan mengiktirafnya sebagai setiausaha agung parti sementara Muhyiddin melantik Hamzah Zainudin bagi jawatan berkenaan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...