Yusoff: Ada pihak sedang cuba jual nama saya

Menurut Yusoff, sehingga kini, pihak yang disyakinya sedang cuba ‘menjual namanya’ tidak pernah membantu dengan apa cara sekalipun tetapi mungkin telah menerima dana. Sumber (gambar): TTF

يوسف: اد ڤيهق سداڠ چوبا جوال نام ساي

Menurut Muhammed Yusoff Rawther, ramai individu mula menjual namanya sebaik selepas akuan bersumpah beliau berhubung kes salahlaku seksual melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mula-mula tular.

“Saya pernah ditanya oleh pihak tertentu samada benar saya memerlukan wang. Pihak yang bertanya itu mendakwa ditemui oleh seorang individu yang mengaku sedang membantu saya.

“Di sini saya nak jelaskan, saya tidak pernah melantik atau meminta bantuan daripada sesiapa pun dalam kes ini selain daripada peguam saya” katannya.

Yusoff memberitahu TTF pendedahan ini dibuat bagi mengelakkan mana-mana pihak daripada ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


SUBANG JAYA: “Ramai individu mula menjual nama saya sebaik selepas akuan bersumpah saya berhubung kes salahlaku seksual melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mula-mula tular.”

Demikian menurut Muhammed Yusoff Rawther ketika ditemui oleh TTF sebentar tadi. Yusoff menambah, mereka mungkin ada motif kewangan berdasarkan maklumat yang diterimanya.




“Saya pernah ditanya oleh pihak tertentu samada benar saya memerlukan wang. Pihak yang bertanya itu mendakwa ditemui oleh seorang individu yang mengaku sedang membantu saya.

“Di sini saya nak jelaskan, saya tidak pernah melantik atau meminta bantuan daripada sesiapa pun dalam kes ini selain daripada peguam saya” katannya.

Menurut Yusoff, sehingga kini, pihak yang disyakinya sedang cuba ‘menjual namanya’ tidak pernah membantu dengan apa cara sekalipun tetapi mungkin telah menerima dana.

“Saya jangka bilangannya sehingga lima individu, berdasarkan maklumat-maklumat yang diberikan kepada saya oleh pihak-pihak berlainan.

“Jadi penting bagi saya nyatakan di sini saya tidak pernah meminta dana daripada mana-mana pihak, samada secara terus atau menerusi orang tengah.”

Pada 4hb Disember 2019, Yusoff mengejutkan rakyat Malaysia dengan dakwaan diperlakukan dengan cara tidak senonoh oleh Anwar di kediaman presiden PKR berkenaan di Bukit Segambut, Kuala Lumpur.

Dakwaan tersebut terkandung di dalam satu akuan bersumpah bertarikh 19hb November 2019, di mana Yusoff turut mendakwa Anwar cuba meliwatnya secara paksa.

Loading...

Yusoff memberitahu TTF pendedahan ini dibuat bagi mengelakkan mana-mana pihak daripada ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...