Zahid, ambillah iktibar dari kehadiran Najib ke mahkhamah

TTF: Bukan niat saya hendak terus-menerus merendahkan kredibiliti anda, saudara Zahid, tetapi sedarkah anda apa yang sedang berlaku di sini?

Sedangkan anda tidak pernah sekalipun muncul memberi sokongan kepada Najib setiap kali beliau dihadapkan ke mahkhamah, inikan pula beliau hadir memberikan sokongan kepada anda tatkala beliau sendiri berdepan 32 tuduhan.

Ya, saudara Zahid, sedangkan anda sebagai ketua parti yang kononnya memperjuangkan hak dan nasib orang Melayu tidak pernah sekalipun memperjuangkan nasib bekas presiden anda, inikan pula bekas presiden anda sendiri sanggup memperjuangkan nasib anda tanpa rasa segan mahupun silu.

Kesemua ini bukannya ketetapan saya, saudara Zahid, tetapi ketetapan Allah Ta’ala, Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa. 

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang mampu menjurus umat-Nya ke arah kebenaran hakiki di dunia mahupun di akhirat, sepertimana Allah telah menunjukkan kepada anda betapa silapnya anda sebagai seorang yang bergelar pemimpin Melayu-Islam dalam membenarkan saudara anda sendiri diaibkan.

Sedarlah, wahai Zahid Hamidi…

KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib yang tiba dengan menaiki Toyota Vellfire putih pada jam 9.18 pagi, tersenyum dan melambai ke arah wartawan dan jurugambar sebelum masuk ke lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.




Difahamkan, Ahmad Zahid akan menghadapi 45 pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Media sebelum ini melaporkan bahawa pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid adalah berhubung penyelewengan dana Yayasan Akal Budi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber: Berita Harian Online



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...