Khairuddin Abu Hassan
زاهيد بيجق فتنه اورڠ لاين اونتوق توتوڤ عاءيب سنديري
Pemimpin korup seperti Zahid Hamidi sepatutnya tumpu pada kes-kes korupsi beliau di mahkamah saja. Zahid Hamidi jangan lagi bercakap politik kerana beliau pun sudah tidak laku lagi dan majoriti rakyat Malaysia sudah hilang keyakinan pada beliau.
Zahid Hamidi menghadapi 47 pertuduhan jenayah, iaitu 12 kes pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Kini, Zahid Hamidi cuba hendak ubah pandangan rakyat dan mengalihkan tohmahan palsu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad pula.
Inilah kepakaran Zahid Hamidi dari dulu bijak memfitnah orang lain untuk menutup aibnya sendiri.
Bukan saja rakyat Malaysia tetapi seluruh masyarakat dunia mengetahui serta menggelar mereka sebagai puak kleptokrats yang mentadbir kerajaan kleptokrasi.
Rakyat Malaysia dan dunia luar keji dan pandang rendah pada pemimpin korup seperti Zahid Hamidi ini.
Tetapi dunia luar masih sanjung Tun Dr Mahathir Mohamad yang sehingga kini masih menjemput beliau menghadiri program-program bertaraf antarabangsa untuk berkongsi ilmu kecemerlangan pentadbiran negara oleh mantan Perdana Menteri dua kali ini.
Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara dari kerajaan kleptokrasi kedudukan ‘ratings’ negara bersih dari segi amalan rasuah berada di tahap ke enam puluh satu.
Tetapi setelah mentadbir negara selama setahun setengah kedudukan carta Malaysia bersih dari amalan rasuah berada di tangga ke lima puluh dalam senarai dunia.
Malangnya kini, kedudukan carta tersebut balik berada di carta ke enam puluh dua setelah kerajaan BN kembali memerintah.
Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohamad amat efektif pada hakikatnya dalam melawan rasuah dalam pentadbiran negara.
Nasib Zahid Hamidi agak baik kerana beliau menjadi pemimpin korup di negara Malaysia. Sekiranya Zahid Hamidi menjadi pemimpin korup di negara China sudah pasti beliau terpaksa melalui hukuman tembak sampai mati.
Sudah sampai masanya negara kita harus memperketatkan lagi hukuman pada pesalah rasuah khususnya yang berskala besar. Amalan rasuah jika tidak dibendung secara tegas akan menjatuhkan sesebuah bangsa dan negara.
Rasuah adalah musuh nombor satu negara kita.
