Zahid dakwa diugut berhenti kalau tidak ingin ‘ke dalam’

Zahid berkata, mereka yang membuat ugutan terhadapnya “takutkan bayang-bayang” kerana “tahu ‘rumah agam’ UMNO sedang dipulih.” Sumber (gambar): Fail TTF

زاهيد دعوا داوڬوت برهنتي كالاو تيدق ايڠين ‘ك دالم’

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada pihak yang mengugutnya untuk berhenti ‘membina semula UMNO’ jika tidak ingin ‘ke dalam’.

Penggunaan istilah “ke dalam” dipercayai merujuk kepada kemungkinan Zahid dipenjarakan seandainya beliau disabit kesalahan dalam kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Zahid menulis: “Sekembali memahat, diugut pula seteru supaya henti bertukang. Jika tidak ke dalam kau rasakan.

“Pedulikan. Aku percaya keagungan Tuhan. Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Melindungi.”


PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada pihak yang mengugutnya untuk berhenti ‘membina semula UMNO’ jika tidak ingin ‘ke dalam’.

Dalam penulisannya di Facebook, Zahid berkata, mereka yang membuat ugutan itu “takutkan bayang-bayang” kerana “tahu ‘rumah agam’ UMNO sedang dipulih.”




Penggunaan istilah “ke dalam” dipercayai merujuk kepada kemungkinan Zahid dipenjarakan seandainya beliau disabit kesalahan dalam kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang sedang dibicarakan di mahkamah.

Zahid menulis:

“Sekembali memahat, diugut pula seteru supaya henti bertukang. Jika tidak ke dalam kau rasakan.

“Pedulikan. Aku percaya keagungan Tuhan. Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Melindungi.

“Mereka takutkan bayang-bayang. Mereka tahu ‘rumah agam’ UMNO sedang dipulih. 

“Mereka takut dan resah mahu mengagalkan. Namun aku yakini kudrat ini tidak akan pernah berhenti.”

UMNO kini terbahagi kepada dua kumpulan utama – Team A (minoriti) dan Team B (majoriti).

Loading...

Team A yang pada satu ketika dulu mempunyai sokongan 10 – 11 ahli parlimen kini disokong oleh tujuh ahli parlimen dan tak sampai 20 peratus pemimpin bahagian.

Team A merangkumi “kluster mahkamah” atau mereka yang menghadapi tuduhan jenayah, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak.

Team B pula meliputi 25 – 26 ahli parlimen dan majoriti pemimpin bahagian yang menolak kepimpinan Zahid serta penguasaan beliau dan Najib terhadap Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO.

Kedua-dua Team A dan Team B menolak kerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Walaubagaimanapun, ada sebilangan tertentu ahli parlimen dan pemimpin bahagian dari Team A dan Team B yang inginkan UMNO putus hubungan dengan PPBM secepat mungkin tanpa perlu menunggu Pilihan Raya Umum ke-15.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...