Zahid, di manahkah kau kuburkan semangat Melayu 1946 ?

“Apakah erti perjuangan Melayu yang masih diwar-warkan UMNO sedangkan UMNO sendiri tidak mampu mempertahankan bekas pemimpinnya yang sedang diaibkan?

“Dimanakah lesapnya semangat Melayu 1946 yang pada satu ketika dulu bertakhta di jiwa pendekar-pendekar Melayu tatkala raja-raja Melayu masih disanjung berasaskan prinsip peradaban Islam?

“Siapakah geranganya insan bernama Zahid Hamidi yang sanggup melacur dirinya kepada puak belaan syaitan semata-mata kerana ingin kembali berkuasa di tampuk pemerintahan negara?

“Apakah begitu niat Nabi Musa ketika beliau diperintahkan Allah mengadap Fir’aun demi mengajak raja kafir yang zalim tersebut berfirman kepada Allah?

“Apakah saudara Zahid masih tidak akur bahawa terbentuknya UMNO di Istana Johor pada tahun 1946 adalah bagi melindingi Institusi diraja dan kepentingan umat Melayu Islam?

“Apakah saudara Zahid tidak erti bahawa perlunya parti Melayu bersemangatkan tradisi Islam Madani adalah bagi memartabatkan agama Allah di muka bumi ini?

“Apakah saudara Zahid tidak tahu bahawa tradisi Islam Madani adalah tradisi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang diterap masuk ke dalam UMNO oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman sendiri?

“Apakah gerangan saudara Zahid menguburkan semangat Melayu 1946 tatkala kita ditimpa pelbagai ujian dari Allah di saat-saat genting sebegini?”

Raggie Jessy

Comments

Comments

Comments

Comments