Zahid Hamidi bakal terima kejutan besar

Zahid patut sedar bahawa harga barangan kini menggila semula di bawah pentadbiran UMNO, dan rakyat dapat melihat sendiri bagaimana harga barangan sentiasa menggila hanya bila UMNO menguasai tampuk kepimpinan negara. Sumber (gambar): TTF

“Zahid harus sedar bahawa rakyat Malaysia kini jauh lebih matang berbanding ketika Pilihan Raya Umum ke-14, dan dapat melihat dengan jelas bagaimana Kluster Mahkamah memporak perandakan politik negara demi memajukan agenda peribadi masing-masing”

Raggie Jessy Rithaudeen

زاهيد حميدي باكل تريما كجوتن بسر

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilanda satu mimpi yang aneh, di mana beliau melihat rakyat Malaysia meminta Barisan Nasional menjadi kerajaan semula pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Mimpi ini terbayang menerusi kenyataan Zahid, di mana beliau berkata, pengundi Johor “terpedaya dengan simbahan fitnah yang dimainkan pembangkang yang menyebabkan parti itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).”

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Menurutnya, rakyat kini sudah menyesal dan akan kembali mengundi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.




TONTON: ISMAIL SABRI TIDAK MUNGKIN SELAMATKAN KEADAAN

Peliknya, Zahid sentiasa bercerita tentang “kemenangan BN” dan “fitnah pembangkang,” tetapi tidak pernah memperincikan bagaimana Barisan Nasional mampu memenangi Pilihan Raya atau apa yang dimaksudkannya sebagai ‘fitnah’.

Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, salah satu isu utama yang dimainkan oleh pembangkang ialah kos sara hidup yang menggila, yang menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan sederhana-rendah terhimpit.

Selain itu, pembangkang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak menyeleweng dana SRC dan1MDB dan mereka cerita dongeng kononnya RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadinya merupakan “derma Raja Arab Saudi.”

Pembangkang turut menyelar Najib kerana membenarkan Pejabat Perdana Menteri menubuhkan jabatan khas untuk isterinya, Datuin Seri Rosmah Mansor, lengkap dengan peruntukan yang diperolehi daripada wang pembayar cukai.

Kesemua ini bukannya fitnah, tetapi fakta yang terbukti benar apabila seorang Hakim Mahkamah Tinggi dan tiga Hakim dari Mahkamah Rayuan mendapati Najib bersalah menyeleweng dana SRC dan mendedahkan bahawa RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadinya merupakan dana SRC, bukannya derma Arab Saudi.

Malah, hakim-hakim ini memberitahu secara jelas bahawa kisah “derma Raja Arab Saudi” merupakan “kisah dongeng” seumpama Hikayat Seribu Satu Malam.

Apakah Zahid tengah tidur sepanjang perbicaraan Najib atau pada ketika keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dibaca?

Loading...

Satu Malaysia tahu bahawa harga barangan melonjak naik di bawah pentadbiran Najib-Zahid, dan adalah bodoh bagi Zahid untuk mempercayai bahawa pengundi yang terkesan secara langsung dengan kenaikan itu sudah melupakannya.

Sebaliknya, Zahid patut sedar bahawa harga barangan kini menggila semula di bawah pentadbiran UMNO, dan rakyat dapat melihat sendiri bagaimana harga barangan sentiasa menggila hanya bila UMNO menguasai tampuk kepimpinan negara.

Jadi di manakah fitnahnya?

Barangkali Zahid menggunakan keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka sebagai kayu ukur apabila mengisytiharkan bahawa “rakyat kini mahukan Barisan Nasional menjadi kerajaan semula.”

Ia bakal memakan diri Zahid sendiri, kerana ramai pengundi di Melaka memboikot Pilihan Raya Negeri kerana tidak diberi pilihan selain Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Ini menyebabkan keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka memihak kepada Barisan Nasional, dan seharusnya, Barisan Nasional mencatatkan keputusan yang luar biasa dengan peningkatan mendadak dalam peratusan undi popular.

Sebaliknya, Barisan Nasional hanya berjaya memenangi majoriti tipis (kurang dari 1,000 undi) di 12 kerusi dan mencatatkan peningkatan 2.19 peratus dalam undi popular, itu pun dengan bantuan undi tentera.

Ini merupakan isyarat jelas bahawa rakyat tertunggu-tunggu satu alternatif baharu yang ditunjagi oleh pemimpin berkaliber dan akan keluar beramai-ramai untuk mengundi jika alternatif ini muncul dalam Pilihan Raya.

Malangnya, Zahid tidak mampu menghayati logik yang cukup mudah ini, barangkali kerana beliau dan rakan-rakannya dalam Kluster Mahkamah amat terdesak dan tidak lagi berpijak di bumi yang nyata.

Zahid harus sedar bahawa rakyat Malaysia kini jauh lebih matang berbanding ketika Pilihan Raya Umum ke-14, dan dapat melihat dengan jelas bagaimana Kluster Mahkamah memporak perandakan politik negara demi memajukan agenda peribadi masing-masing.

WAJIB BACA:

KLUSTER MAHKAMAH BINCANG KEMUNGKINAN PRU15 SERENTAK PRN JOHOR, NAMUN ADA KRISIS



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...