
زاهيد حميدي دجڠك مڠهادڤ سلطان ڤراق ڤاڬي ايسوق
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Istana Kinta di sini, pagi esok.
Tujuan menghadap Sultan Perak dipercayai bagi menyembah maklum pendirian parti berhubung kemelut terkini politik negeri itu.
Kemelut politik negeri ini bermula selepas bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul keyakinan ADUN terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat lalu.
Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
IPOH: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di Istana Kinta di sini, pagi esok.
Ahmad Zahid dijadualkan akan tiba di perkarangan Istana Kinta, jam 10 pagi.
Tujuan menghadap Sultan Perak dipercayai bagi menyembah maklum pendirian parti berhubung kemelut terkini politik negeri itu.
Semalam, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, menghadiri mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Perak.
Kemelut politik negeri ini bermula selepas bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul keyakinan ADUN terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Jumaat lalu.
Dalam undian sulit yang dijalankan, Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional (BN) yang kesemuanya daripada UMNO, DAP (16), Amanah (5), BERSATU (5), PKR (3) dan PAS (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
