
Khairuddin Abu Hassan
Jangan sama sekali mempercayai Zahid Hamidi yang boleh diibaratkan seperti ‘ular kepala sepuluh’ yang sedang mencari dahan baru utk dia berpaut.
Presiden UMNO ini sanggup melakukan apa saja asalkan kes-kes mahkamahnya dapat diselamatkan.
Lihat saja sandiwara Zahid Hamidi dan PN, mereka kata PN kerajaan campuran yang kuat natijah daripada perpaduan sesama mereka.
Tapi gelagat belot Zahid Hamidi sedang menunjukkan kepada keseluruhan rakyat Malaysia mereka ini sebenarnya ‘kahwin olok-olok’ saja.
Kerajaan PN bukan untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara tetapi masing-masing sesama anggota parti-parti komponen sedang berebut kuasa untuk memerintah Malaysia.
Mereka tidak hiraukan kepentingan rakyat, lihat saja negara dalam keadaan sukar kini mereka masih mahu berpolitik untuk berebut kuasa.
Rakyat jangan biarkan diri diperbodohkan oleh kerajaan PN yang hanya minat untuk berebut kuasa semata-mata.
Sebab itu kerajaan PN harus ditolak secara kadar segera.
Keseluruhan negara akan rosak jika biarkan PN terus mentadbir tanahair kita. Mereka ini semua kalangan penyangak yang hanya pentingkan agenda kepentingan diri saja.
Mereka tidak bersatu sesama mereka macamana hendak mentadbir negara kita ini? Rakyat semakin ‘mual’ dan ‘jelek’ dengan kerenah pemimpin-pemimpin PN!
Untuk selamatkan negara kerajaan PN mesti ditumbangkan kerana kalangan kleptokrats yang berkuasa pada realitinya.
Golongan kleptokrats ini masih rakus untuk merompak khazanah kerajaan serta mencuri duit rakyat.
Puak korup ini bukan hendak berkhidmat bagi bangunkan semula Malaysia Baharu tetapi hanya berebut kuasa sesama mereka.
Tindakan Zahid Hamidi yang mengizinkan ahli-ahli parlimen umno bekerjasama dengan Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu bukti kukuh mereka ini berpecah pada hakikatnya.
Lagi lama kita biarkan PN mentadbir negara maka semakin teruklah keadaan ekonomi serta politik negara yang benar-benar tidak menguntungkan kita sama sekali.
Disebabkan untuk menyelamatkan diri dari pelbagai kes-kes rasuah di mahkamah; Zahid Hamidi sanggup lakukan apa saja asalkan dia dapat diselamatkan.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
