Zahid Hamidi ibarat ‘ular kepala sepuluh’

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Jangan sama sekali mempercayai Zahid Hamidi  yang boleh diibaratkan seperti ‘ular kepala sepuluh’ yang sedang mencari dahan baru utk dia berpaut.

Presiden UMNO ini sanggup melakukan apa saja asalkan kes-kes mahkamahnya dapat diselamatkan.

Lihat saja sandiwara Zahid Hamidi dan PN, mereka kata PN kerajaan campuran yang kuat natijah daripada perpaduan sesama mereka.




Tapi gelagat belot Zahid Hamidi sedang menunjukkan kepada keseluruhan rakyat Malaysia mereka ini sebenarnya ‘kahwin olok-olok’ saja.

Kerajaan PN bukan untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara tetapi masing-masing sesama anggota parti-parti komponen sedang berebut kuasa untuk memerintah Malaysia.

Mereka tidak hiraukan kepentingan rakyat, lihat saja negara dalam keadaan sukar kini mereka masih mahu berpolitik untuk berebut kuasa.

Rakyat jangan biarkan diri diperbodohkan oleh kerajaan PN yang hanya minat untuk berebut kuasa semata-mata.

Sebab itu kerajaan PN harus ditolak secara kadar segera.

Keseluruhan negara akan rosak jika biarkan PN terus mentadbir  tanahair kita. Mereka ini semua kalangan penyangak yang hanya pentingkan agenda kepentingan diri saja.

Mereka tidak bersatu sesama mereka macamana hendak mentadbir negara kita ini? Rakyat semakin ‘mual’ dan ‘jelek’ dengan kerenah pemimpin-pemimpin PN!

Loading...

Untuk selamatkan negara kerajaan PN mesti ditumbangkan kerana kalangan kleptokrats yang berkuasa pada realitinya.

Golongan kleptokrats ini masih rakus untuk merompak khazanah kerajaan serta mencuri duit rakyat.

Puak korup ini bukan hendak berkhidmat bagi bangunkan semula Malaysia Baharu tetapi hanya berebut kuasa sesama mereka.

Tindakan Zahid Hamidi yang mengizinkan ahli-ahli parlimen umno bekerjasama dengan Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu bukti kukuh mereka ini berpecah pada hakikatnya.

Lagi lama kita biarkan PN mentadbir negara maka semakin teruklah keadaan ekonomi serta politik negara yang benar-benar tidak menguntungkan kita sama sekali.

Disebabkan untuk menyelamatkan diri dari pelbagai kes-kes rasuah di mahkamah; Zahid Hamidi sanggup lakukan apa saja asalkan dia dapat diselamatkan.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...