Zahid Hamidi tidak junjung nasihat Agong, masih bermain politik

Bekas penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Perenggan terakhir kenyataan media UMNO jelas merumuskan bahawa mereka tidak sokong kerajaan PN secara tulen serta masih mahukan PRU15 diadakan”

Khairuddin Abu Hassan

Kenyataan media keputusan majlis tertinggi semalam telah membuktikan secara jelas bahawa parti UMNO tidak menyokong Muhyiddin Yassin dan kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

Presiden UMNO paling haprak dalam sejarah kepimpinan UMNO iaitu Zahid Hamidi masih nak bermain politik.

Parti UMNO lah yang enggan serta tidak mahu menjunjung titah nasihat KDYMM Agong dan masih mencari jalan untuk berebut kuasa.




Rakyat malaysia tidak bodoh kerana sedang memerhati secara terperinci tindak tanduk presiden UMNO.

Hakikatnya, Zahid Hamidi tidak ikhlas menyokong Muhyiddin Yassin dan kerajaan ‘tebuk atap’ PN sebab itu di perenggan terakhir kenyataan media mesyuarat majlis tertinggi UMNO semalam masih bertegas mahukan PRU15 diadakan sebaik saja isu pandemik Covid-19 berada di tahap minimum dan terkawa.

Perenggan terakhir kenyataan media UMNO jelas merumuskan bahawa mereka tidak sokong kerajaan PN secara tulen serta masih mahukan PRU15 diadakan.

Inilah perangai Zahid Hamidi presiden UMNO yang paling haprak yang amat ‘gila kuasa’ tanpa ‘cerminkan mukanya’ terlebih dahulu.

Seorang yang diseliputi oleh pelbagai pertuduhan rasuah dan salahguna kuasa di mahkamah masih mempunyai nafsu besar untuk berpaut pada kuasa secara mutlak.

Zahid Hamidi ini amat rakus kuasa bukan ikhlas berjuang untuk membela bangsa mahupun negara.

Sebab itulah kerja mereka hanya mahu berpaut pada kuasa untuk terus merompak khazanah kerajaan serta ‘duit rakyat’  demi untuk memenuhi hawa nafsu rakus bagi kepentingan diri masing-masing.

Loading...

Keseluruhan rakyat jangan sama sekali percaya pada puak rakus dan korup ini.

KDYMM Agong harus mempertimbangkan untuk menasihati semua pihak kearah menubuhkan ‘kerajaan perpaduan’ yang diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini merupakan formula dan resipi terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negara yang berlarutan begitu lama.

Sekiranya sebuah kerajaan yang stabil berteraskan pada konsep ‘kerajaan perpaduan’ ditubuhkan maka agenda untuk membina semula ‘Malaysia Baharu’ oleh semua pihak akan dapat dicapai secara berkesan.

Sebenarnya, kita tidak boleh izinkan sebuah kerajaan didominasikan oleh sebuah parti politik saja tetapi pembahagian jawatan mestilah diagihkan secara sama-rata.

Biar setiap wakil-wakil dari parti-parti politik bertindak sebagai ‘pemerhati’ sesama sendiri dan izinkan proses teguran dapat dilaksanakan di antara satu sama lain dengan kuasa politik yang sama-rata.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...