
Khairuddin Abu Hassan
Permainan politik presiden UMNO amat licik!! Jatidiri Zahid Hamidi sebiji macam Anwar Ibrahim ‘kaki penipu nombor satu negara’.
Sebab itu kini UMNO sudah tiada kepimpinan lagi. Zahid Hamidi pun ‘gila’ semacam Anwar Ibrahim main percaturan politik jahat.
Beliaulah orang yang bertanggungjawab meyakinkan Anwar Ibrahim kononnya dapat mengumpul keseluruhan sokongan ahli-ahli parlimen UMNO untuk Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.
Saya yakin Zahid Hamidi lah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan surat sokongan UMNO secara ‘en bloc’ kepada Anwar Ibrahim.
Apakah ahli-ahli majlis tertinggi UMNO menyedari perbuatan tak beretika Zahid Hamidi ini?
Apakah majlis tertinggi UMNO yang luluskan seterusnya izinkan Zahid Hamidi untuk keluarkan surat sokongan tersebut buat Anwar Ibrahim?
Keseluruhan ahli-ahli majlis tertinggi UMNO harus panggil Zahid Hamidi apakah benar dia memandai keluarkan surat sokongan untuk Anwar Ibrahim tanpa kelulusan atau makluman majlis kerja tertinggi UMNO.
Keseluruhan pemimpin-pemimpin UMNO kena berani bangun untuk tanya dan pertikaikan tindakan presiden UMNO yang salah dari segi prinsip mahupun etikanya.
Sesungghnya, saya yakin bahawa Zahid Hamidi bertanggungjawab mengeluarkan surat sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk memberi keyakinan pada KDYMM Agong.
Lihat sajalah betapa licik ‘modus operandi’ presiden UMNO yang berani bertindak walaupun tanpa makluman kepada majlis kerja tertinggi UMNO demi kepentingan agenda peribadi beliau.
UMNO harus ambil tindakan disiplin terhadap Zahid Hamidi yang telah melanggari etika kepimpinan parti tersebut.
Hanya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO yang bodoh saja yang akan terus menyokong Zahid Hamidi selaku presiden UMNO yang paling haprak dalam salah-silah kepimpinan parti tersebut.
Beliau selaku presiden UMNO paling haprak sanggup melakukan apa saja demi agenda kepentingan peribadi khususnya kearah mencari jalan bagi melepaskan dirinya dari menghadapi kes pendakwaan salahguna kuasa serta rasuah di mahkamah.
Dakwaan Zahid Hamidi tulis dan tandatangani surat sokongan bagi pihak ahli-ahli parlimen UMNO tanpa pengetahuan tuan tubuh mahupun majlis kerja tertinggi UMNO mesti dinafikan oleh Zahid Hamidi seandainya dakwaan saya ini tidak berasas.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
