
زاهيد ماهو ڤرو15 سلڤس مواو تمت جولاي اين
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan selepas memorandum persefahaman (MoU) bersama pembangkang tamat pada Julai nanti.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, mendakwa faktor ‘feel good’ yang dirasai rakyat dengan mereka kembali menyokong BN, perlu diambil kesempatan parti itu, sekali gus menyegerakan PRU-15.
Semalam, pembangkang dilaporkan bersedia meneruskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai PH dengan kerajaan Persekutuan pada September tahun lalu, selepas tarikh 31 Julai depan.
Anthony Loke (PH-Seremban) ketika sidang Dewan Rakyat dilaporkan berkata, pembangkang tiada masalah untuk meneruskan MoU itu, selepas pindaan Perlembagaan berkaitan undang-undang antilompat parti diluluskan nanti.
JOHOR BAHRU: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan selepas memorandum persefahaman (MoU) bersama pembangkang tamat pada Julai nanti.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, mendakwa faktor ‘feel good’ yang dirasai rakyat dengan mereka kembali menyokong BN, perlu diambil kesempatan parti itu, sekali gus menyegerakan PRU-15.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Katanya, MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai Pakatan Harapan (PH) dengan Kerajaan Persekutuan pada September tahun lalu yang berakhir 31 Julai ini, antara lain mempersetujui PRU-15 harus diadakan selepas Julai.
TONTON: INI KALI LAH!
“Jadi mengapa mereka (pembangkang) berubah fikiran, kononnya PRU-15 seharusnya diadakan hingga akhir 2023 dengan MoU 2.0 mahu ditandatangani.
“Ini bermakna mereka (pembangkang) ada masalah dalaman, tak yakin dan rasa ditolak rakyat. Pada hemat saya, jangan beri masa yang panjang untuk mereka betulkan keadaan, jangan beri peluang secukupnya untuk mereka susun barisan mereka .
“Rakyat telah bertukar cita rasa kepada BN. Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14), kita lihat sekarang di dalam PRU-14 ditangguhkan lebih daripada setahun selepas kita menjuarai Sukan SEA menyebabkan tiada faktor ‘feel good’ lagi di kalangan rakyat menyebabkan BN tewas.
“Saya harap kali ini apabila faktor ‘feel good’ sudah menjadi faktor utama untuk menggamit dukungan rakyat semula maka perlulah mandat baharu di peringkat nasional diperoleh daripada rakyat untuk mewujudkan kestabilan di negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Bilik Gerakan MIC Negeri Johor, di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Presiden MIC, Datuk T Murugiah dan Timbalan Pengerusi BN Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Semalam, pembangkang dilaporkan bersedia meneruskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai PH dengan kerajaan Persekutuan pada September tahun lalu, selepas tarikh 31 Julai depan.
Anthony Loke (PH-Seremban) ketika sidang Dewan Rakyat dilaporkan berkata, pembangkang tiada masalah untuk meneruskan MoU itu, selepas pindaan Perlembagaan berkaitan undang-undang antilompat parti diluluskan nanti.
Bagaimanapun, beliau menegaskan pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tidak perlu melayan desakan sesetengah pihak supaya PRU-15 disegerakan.
Sumber:
WAJIB TONTON:
