
“Keindahan Putrajaya amat terserlah malahan lebih indah dari Washington DC – ramai pemimpin-pemimpin dunia akui keindahan pembangunan Putrajaya”
Khairuddin Abu Hassan
Bodoh sungguh rupanya senator Zahid Md Arip, tamaddun di hadapan mata tak nampak tapi White House di Amerika Syarikat disanjungnya setinggi gunung.
Untuk pengetahuan Zahid Md Arip, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya tokoh pemimpin islam yang membina satu tamaddun di Putrajaya di abad ini.
Keindahan Putrajaya amat terserlah malahan lebih indah dari Washington DC – ramai pemimpin-pemimpin dunia akui keindahan pembangunan Putrajaya.
Dalam pada orang dunia luar puji Putrajaya, Zahid Md Arip suruh kita bangunkan kompleks Sri Perdana semacam White House.
Kompleks Sri Perdana kebih indah dari White House, ciri-ciri arkitekual, seni pembinaan, kemudahan serta infrastrukturnya jauh lebih cantik dari White House di Washington DC.
Semua kemudahannya serba lengkap, cuma perlu pemikiran kreatif untuk memunafaatkan pembangunannya pada kerajaan Malaysia.
Zahid Md Arip ni syok sendiri saja. Kali pertama berbahas di Dewan Negara sudah menampakkan ciri-ciri kurang cerdiknya.
Apapun, pembangunan haruslah berteraskan kepada identiti serta keperluan kita sendiri, bukannya tiru cara orang lain.
Pada tahun 1997 bila Tun Dr Mahathir Mohamad lawan penyangak mata wang di saat nenghadapi krisis matawang pada waktu itu, beliau ikut acuan dan cara kita sendiri untuk selesaikan permasalahan tersebut.
Kita tak tiru pun cara barat serta IMF yang mempunyai formula salah untuk menangani krisis matawang.
Tokoh pemimpin Melayu boleh berfikir sendiri untuk tangani krisis tersebut, otak Melayu cukup hebat pada realitinya.
Cuma malang pada hari ini kita mempunyai seorang senator ‘otak selut’ seperti Zahid Md Arip yang tak habis-habis hendak tiru cara Barat.
Inilah kualiti pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ yang menyogok siapa saja dengan jawatan asalkan sokong mereka.
Sesiapa yang menyokong kerajaan ‘pintu belakang’ waimah ‘otak selut’ serta ‘otak udang’ macam Zahid Md Arip pun mereka akan lantik secara membabi-buta.
Inilah kegilaan kerajaan ‘tebuk atap’ yang sedang dipimpin oleh pengkhianat nombor satu negara yakni Tan Sri Muhyiddin yassin!!
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
