Zahid mengaku kerajaan gagal pimpinan Ismail Sabri ialah ‘kerajaan UMNO’

Datuk Seri Ismail Sabri (kiri), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kanan). Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

زاهيد مڠاكو كراجأن ڬاڬل ڤيمڤينن اسماعيل صبري اياله ءكراجأن امنوء

Berikut adalah ulasan saya (dalam biru) terhadap kenyataan presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sepertimana ianya dilaporkan oleh sebuah portal berita:


Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggelar kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai zalim dan mendakwa Umno dianiaya selama 18 bulan pentadbirannya.

Ulasan 1: Eh…Zahid jangan cuba menipu, kerajaan terdahulu dan kerajaan sekarang kedua-duanya kerajaan gandingan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional, melibatkan menteri-menteri UMNO, PPBM dan PAS.

Berucap ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Bagan Datuk hari ini, Ahmad Zahid berkata kerajaan PN sebelum ini tumbang kerana kehendak Allah.




Ulasan 2: UMNO jangan terus menerus melakukan dosa dengan menggunakan nama Allah sambil menipu, memandangkan kerajaan yang tumbang bukannya kerajaan PN, tetapi kerajaan PN-BN yang gagal.

“Kita mahu kerajaan 18 bulan itu ditukar atas kezaliman, kebejatan, kelemahan yang dilakukan,” katanya.

Ulasan 3: Betul, kerajaan PN-BN yang lepas zalim, dan kezaliman ini dilakukan oleh menteri-menteri UMNO, PPBM dan PAS yang terbukti kemaruk kuasa dan kedudukan dan mengamalkan politik darjat.

Dalam ucapan itu, Ahmad Zahid yang juga ketua bahagian Umno Bagan Datuk turut menyelar pengkritiknya dan mereka yang mempersendakan rancangannya untuk menguasai semula kerajaan selepas BN tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Kata Ahmad Zahid, mereka yang memperlekehkannya termasuklah di kalangan pemimpin Umno sendiri.

“Di Dewan Merdeka telah dinyatakan Umno akan jadi kerajaan semula sebelum PRU15. Ketika itu orang mencebik pada saya, termasuk pemimpin dan ahli-ahli Umno, mengatakan ketua Umno bahagain Bagan Datuk yang menjadi presiden Umno cuma berangan-angan dan berada di awang-awangan.

“Tapi ternyata hasrat jadi kerajaan semula telah terjadi,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Ulasan 4: Maknanya, Zahid mengaku bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri yang ternyata gagal dan mengamalkan dasar sogokkan kuasa dan kedudukan seperti kerajaan terdahulu, merupakan “kerajaan UMNO.”

Menurut Ahmad Zahid, hakikatnya Umno dan BN tidak lemah seperti yang disangkakan sesetengah pihak.

Malah katanya, Umno telah berjaya menumbangkan dua perdana menteri dan menggantikannya dengan perdana menteri daripada parti itu sendiri.

Loading...

Ulasan 5: Pembetulan – UMNO bersekongkol dengan PPBM, PAS dan sebahagian PKR untuk mengkhianati mandate rakyat dan merampas kerajaan menerusi pintu belakang.

Kemudian, UMNO mengkhianati PPBM dan PAS dengan menumbangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menaikkan seorang calon dari UMNO sebagai Perdana Menteri.

WAJIB BACA:

Pendedahan: Inilah sebabnya saya syak Ismail Sabri cuba lindungi Azam Baki (Bahagian Satu)

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...