ZAHID MUNGKIN DISINGKIR MENERUSI UNDI TIDAK PERCAYA ATAU EGM SEBELUM PEMILIHAN UMNO

“Saya dimaklumkan bahawa ramai pemimpin UMNO tidak ingin menunggu sehingga pemilihan parti dan sedang mempertimbangkan beberapa kemungkinan, termasuk usul tidak percaya dan Mesyuarat Agung Tergempar untuk menyingkirkan Zahid. Tonton juga video yang disertakan di bawah untuk penjelasan lanjut”

Raggie Jessy Rithaudeen

Barisan Nasional mencatatkan prestasi terburuk dalam sejarah penubuhannya pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Gabungan itu hanya memenangi 30 kerusi parlimen, berbanding Perikatan Nasional, yang memenangi 73 kerusi meskipun gabungan itu ditubuhkan tidak sampai tiga tahun.




Penolakkan pengundi Melayu-Islam terhadap UMNO cukup jelas – majoriti pengundi putih di kawasan bandar enggan keluar mengundi, manakala pengundi putih di kawasan luar bandar lebih cenderung ke arah PAS.

Bila ditanya, ramai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pengusaan “Kluster Mahkamah” terhadap UMNO.

Tidak kurang juga yang menyifatkan UMNO dibawah Zahid sebagai “parti yang debelengui skandal rasuah,” dan hampir kesemua yang ditemui ketika fasa kempen pilihan raya percaya bahawa Zahid menipu kononnya BN tidak akan bekerjasama dengan Anwar atau DAP.

Hari ini, penipuan tersebut terbukti benar.

Artikel bersambung di bawah video ini:

Bukan hanya Zahid memperdaya Yang Di-Pertuan Agong dengan maklumat palsu kononnya kesemua ahli parlimen BN menyokong Anwar, Zahid melakukan penipuan ini setelah meyakinkan ahli-ahli parlimen BN untuk kekal sebagai pembangkang “tanpa menyokong mana-mana calon Perdana Menteri.”

Penipuan Zahid menjurus kepada desakan demi desakan agar beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN dan presiden UMNO.

Loading...

Namiun, Zahid berdegil dan terus mengekalkan kedudukkannya demi memastikan bahawa Anwar menjadi Perdana Menteri dan BN menyokong kerajaan yang bakal didirikan.

Ini telah menimbulkan ketegangan luar biasa di kalangan ahli-ahli parlimen BN, di mana majoriti daripada ahli-ahli ini memihak kepada Perikatan Nasional.

Saya dimaklumkan bahawa ramai pemimpin UMNO tidak ingin menunggu sehingga pemilihan parti dan sedang mempertimbangkan beberapa kemungkinan, termasuk usul tidak percaya dan Mesyuarat Agung Tergempar untuk menyingkirkan Zahid.

Sekalipun pemimpin-pemimpin ini menunggu sehingga pemilihan parti enam bulan dari sekarang, Zahid akan menghadapi cabaran yang luarbiasa besar untuk mengekalkan kedudukannya sebagai pengerusi BN dan presiden UMNO.

Ini kerana, dalam tempoh enam bulan, kepimpinan UMNO di semua peringkat akan ada cukup masa untuk merancang, mencatur dan menilai bagaimana prestasi kerajaan membawa impak kepada penerimaan masyuarakat Melayu-Islam terhadap UMNO.

Impaknya pasti buruk, kerana tidak ada sebarang naratif daripada Zahid atau UMNO yang mampu mengubati kemarahan orang Melayu-Islam atas penipuan UMNO kononnya parti itu tidak sekali-kali akan berkompromi dengan Anwar dan DAP.

Malah, masyarakat Melayu-Islam akan mempersoalkan kenapa Zahid dan UMNO tidak mendahulukan perjuangan Agama dan Bangsa (yang menjadi teras perjuangan UMNO) dan memilih PN berbanding Pakatan Harapan, sekalipun BN ingin menjadi sebahagian daripada kerajaan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...