
“Jika benar Zahid tidak terlibat dan jika benar UMNO tidak berniat wujudkan jajaran politik baharu bersama Pakatan Harapan, Zahid harus membuat kenyataan segera dan tidak membisu sedangkan ADUN-ADUN UMNO terlibat secara langsung dalam usaha menyah-stabilkan kerajaan negeri Melaka”
Raggie Jessy Rithaudeen
زاهيد ڤرلو سڬرا ڤچت ادون امنو ملاك يڠ برسوبهت
Ada desas desus menyatakan bahawa kemelut politik yang melanda negeri Melaka dicetus oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang pemimpin kanan AMANAH.
Ada juga sumber dalaman UMNO yang memaklumkan kepada saya bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut terlibat dalam komplot ini.
Benar atau tidak, yang pasti, ada penglibatan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri dari UMNO yang bersubahat bersama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dari PKR, DAP dan AMANAH.
Justeru, jika benar pendirian kepimpinan UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah “No Anwar, No DAP,” dan jika benar UMNO memberi keutamaan kepada permasalahan rakyat dan usaha menangani wabak Covid-19, saya mencabar Zahid untuk segera memecat semua ADUN UMNO terbabit dan mendesak agar Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan.
Ini kerana rakyat sudah cukup meluat dengan sikap kepimpinan UMNO yang asyik menjaja konsep “perjuangan demi rakyat” dan “penyatuan Ummah,” sedangkan UMNO terpalit dalam segala komplot yang meruntuhkan nilai sistem demokrasi negara bermula dengan Langkah Sheraton.
Ini disusuli dengan “Langkah Sabah,” “Langkah Johor,” “Langkah Perak,” “Langkah Royale Chulan” (yang menjurus kepada pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri), dan yang terkini, “Langkah Melaka.”
Jika benar Zahid tidak terlibat dan jika benar UMNO tidak berniat wujudkan jajaran politik baharu bersama Pakatan Harapan, Zahid harus membuat kenyataan segera dan tidak membisu sedangkan ADUN-ADUN UMNO terlibat secara langsung dalam usaha menyah-stabilkan kerajaan negeri Melaka.
WAJIB BACA:
