Zahid perlu undur diri daripada terus sandang jawatan presiden UMNO

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seharusnya mengundurkan diri daripada terus menyandang jawatan presiden.

“Jangan heret Umno ke kancah pertahanan diri seseorang presiden, eloklah Zahid berundur supaya Umno ada ketua yang boleh fokus pada halatuju parti itu,” katanya kepada Sinar Harian.


KUALA LUMPUR: Waktu ini merupakan masa yang amat sesuai bagi Umno mempunyai presiden dan kepimpinan berwibawa.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, oleh itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seharusnya mengundurkan diri daripada terus menyandang jawatan presiden.




Katanya, kesesuaian waktu tidak memihak kepada beliau bagi terus memimpin Umno dan juga BN.

“Bukan kita hendak merendahkan martabat sesiapa, tetapi ini realiti, letak jawatan dan fokus pada kes-kes serta isu yang terpalit.

“Jangan heret Umno ke kancah pertahanan diri seseorang presiden, eloklah Zahid berundur supaya Umno ada ketua yang boleh fokus pada halatuju parti itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi  mengulas situasi Umno sekarang dimana dilihat semakin ramai pemimpinnya yang keluar parti.

Selain Zahid yang masih terpalit dengan pelbagai isu yang membabitkan perbicaraan di mahkamah terbaharu seorang lagi pemimpin Umno keluar parti.

Dalam pada itu beliau mencadangkan  agar Umno bersedia untuk membuka lembaran baru berunding dengan pihak Bersatu bagi mencari kesamaan yang boleh dijadikan landasan perjuangan yang lebih mantap dan ada elemen kekuasaan semula.

“Zahid harus berkorban untuk parti. Lihat contoh Tunku Abdul Rahman Putra al Haj yang sanggup melepas jawatan Presiden Umno untuk diwariskan kepada pemimpin lebih cergas dan diterima ramai demi kebaikan parti,” katanya.

Loading...

Sumber: Sinar Online



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...