Zahid sekali lagi cuba bantu Anwar ‘korek majoriti’ yang sah tidak wujud

Tindak-tanduk Zahid jelas menampakkan usaha seorang terdesak yang berkemungkinan besar akan dipenjara untuk cuba membantu Anwar mendapat sokongan majoriti andai kata Yang Di-Pertuan Agong tiba-tiba mempercayai dakwaan Anwar dan memutuskan untuk berjumpa dengan semua ahli parlimen. Sumber (gamabr): Fail TTF

“Zahid tidak keseorangan dan disokong oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta ahli-ahli Team A yang lain, berjumlah di sekitar sembilan hingga sebelas ahli parlimen”

Raggie Jessy Rithaudeen

زاهيد سكالي لاڬي چوبا بنتو انور ‘كوريق ماجوريتيء يڠ صح تيدق وجود

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilihat menzahirkan sokongannya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim secara tidak langsung apabila gagal menyatakan pendirian tegas UMNO berhubung kenyataan terkini presiden PKR itu.

Anwar, yang sebelum ini mengumumkan miliki sokongan majoriti, berkata beliau dijangka menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada 13hb Oktober ini walaupun gagal menyatakan dengan jelas beliau mempunyai ‘bukti’ sokongan itu.




Saya dengan ini mengesahkan, buat kali ke-enam, bahawa dakwaan Anwar berhubung sokongan majoriti adalah palsu dan merupakan usaha terdesak beliau memperdaya ahli parlimen yang masih tidak bersamanya untuk menyokongnya dalam masa terdekat.

Dalam satu siri yang akan diterbitkan oleh TTF (bahagian pertama di hujung bawah), saya akan mendedahkan rancangan penuh Anwar dan siapa sebenarnya target beliau dalam membuat pengumuman-pengumuman ini.

Sementara itu, Zahid, ketika ditanya, berkata UMNO akan meneliti hasil pertemuan Anwar dengan Yang Di-Pertuan Agong dan berkata pendirian parti jelas seperti keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) terdahulu.

Walaubagaimanapun, keputusan MKT yang dimaksudkan itu tidak pernah dijelaskan, cuma kenyataan Zahid terdahulu di mana beliau mengaku tidak dapat menghalang ahli-ahli parlimen dari UMNO yang ingin menyokong Anwar.

Kenyataan tersebut dibuat sebaik selepas Anwar mendakwa memiliki sokongan majoriti dan merupakan bukti Zahid gagal sebagai presiden UMNO kerana tidak mampu mengawal ahli-ahli partinya atau menyatakan pendirian parti yang harus dipatuhi oleh kesemua ahli.

Kenyataan itu turut bercanggah dengan kelaziman UMNO selama ini yang sama sekali melarang pemimpinnya menyokong pihak lawan malah memecat Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berbuat demikian.

Tindak-tanduk Zahid jelas menampakkan usaha seorang terdesak yang berkemungkinan besar akan dipenjara untuk cuba membantu Anwar mendapat sokongan majoriti andai kata Yang Di-Pertuan Agong tiba-tiba mempercayai dakwaan Anwar dan memutuskan untuk berjumpa dengan semua ahli parlimen.

Loading...

Kenyataan Zahid hari ini jika dirujuk bersama kenyataannya sebelum ini memberi gambaran halus beliau sanggup mempertimbangkan kerjasama dengan Anwar jika benar Anwar memiliki sokongan majoriti.

Zahid tidak keseorangan dalam usaha ini dan disokong oleh Datuk Seri Najib Tun Razak serta ahli-ahli Team A yang lain, berjumlah di sekitar sembilan hingga sebelas ahli parlimen.

Suka tak suka, kem Najib dan Zahid bersetuju jika Barisan Nasional bekerjasama terus dengan PKR, DAP dan AMANAH andai kata Anwar tiba-tiba berjaya memperdaya ahli-ahli parlimen dan meraih sokongan majoriti.

Saya telah beberapa kali mencabar Zahid dan Najib untuk sangkal dakwaan ini dan masih sedang menunggu mereka berbuat demikian.

WAJIB BACA:

Muhyiddin bersama Mahathir? Inilah jawapannya…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...