Zahid setuju pecat Annuar Musa sebab bengang inisiatif kerjasama UMNO-DAP terbongkar

“Zahid tidak keberatan untuk memecat Annuar kerana bengang dengan tindakan beliau mendedahkan inisiatif kerjasama UMNO-DAP hingga Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terpaksa dikerah untuk melontarkan idea itu di umum”

Raggie Jessy Rithaudeen

زاهيد ستوجو ڤچت اننوار موسى سبب بڠڠ اينسياتيف كرجاسام امنو-دڤ تربوڠكر

Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional hari ini kerana ‘membongkarkan’ kewujudan rancangan kerjasama dengan DAP dan PKR melibatkan beberapa pemimpin UMNO.

Perkara ini didedahkan secara halus oleh Annuar pada 27hb Disember lalu tanpa menamakan mana-mana pemimpin.




Menurut Annuar, ada dikalangan pemimpin UMNO yang menjadi ‘jurucakap’ tidak rasmi dan mempromosikan idea kerjasama UMNO-DAP sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

Walaupun Team A dijangka akan menggunakan tugas tidak rasmi Annuar sebagai ‘jurucakap’ PPBM sebagai alasan pemecatannya, hakikatnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berpuas hati dengan Annuar kerana ‘membongkarkan’ isu kerjasama itu.

Sebelum ini, saya berulang kali membongkarkan sekongkol Najib dan Zahid bersama Anwar ke arah menumbangkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

Semalam, saya menulis:

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam keadaan amat tertekan susulan kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan Surat Akuan Bersumpah dalam jumlah yang mencukupi untuk dipersembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Ini kerana Zahid dan Najib gagal meyakinkan ahli-ahli parlimen dari Team B untuk menyokong Anwar dan tahu presiden PKR itu tidak memiliki sokongan kesemua 91 ahli parlimen dari Pakatan Harapan.

Zahid kini tahu kewujudan ‘blok pemisah’ baharu dalam UMNO yang menuntut agar kerjasama UMNO dan PPBM dihentikan serta merta, bukan hanya di Pilihan Raya Umum ke-15.

Loading...

Zahid dan Najib tidak ada pilihan melainkan akur dengan kehendak ‘blok pemisah’ ini.

Jika Zahid berdegil dan menunggu sehingga bulan Febuari sebelum menarik sokongan Team A terhadap Perikatan Nasional, beberapa ahli parlimen dari Team B dijangka akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Ini sudah pasti akan mencetuskan pelantikan Perdana Menteri baharu kerana Yang di-Pertuan Agong tidak akan bersetuju untuk membubarkan parlimen buat masa ini memandangkan jumlah kes Covid-19 masih belum menurun ke tahap dua digit.

Atas kesedaran inilah Zahid tiba-tiba mempersoalkan rasional di sebalik ‘ketakutan’ semua pihak untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum dalam masa terdekat sedangkan lebih 30 negara sudahpun menghadapi Pilihan Raya Umum dalam suasana pandemik Covid-19 yang menggila.

(Baca pendedahan penuh menerusi link artikel di haujung bawah)

Menerusi maklumat yang diterima, Zahid dan Najib berharap semua ahli parlimen UMNO akan bersatu untuk memberi tekanan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin agar beliau bersetuju untuk meyakinkan Yang Di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

Saya difahamkan, Zahid sedang bersandiwara dan berpura-pura untuk menyokong desakan agar UMNO menarik balik sokongannya terhadap Perikatan Nasional biarpun ianya akan menjurus kepada keruntuhan kerajaan.

Zahid melakukan demikian untuk ‘membeli masa’ dan bersetuju untuk memecat Annuar bagi meyakinkan Team B bahawa dia memang serius menyokong desakan agar UMNO menarik balik sokongannya.

Zahid tidak keberatan untuk memecat Annuar kerana bengang dengan tindakan beliau mendedahkan inisiatif kerjasama UMNO-DAP hingga Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terpaksa dikerah untuk melontarkan idea itu di umum.

Dengan cara ini, Zahid akan mampu mengurangkan tekanan dari Team B dan beransur-ansur meyakinkan semua untuk menunggu sehingga hujung Febuari sebelum menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

Zahid dan Najib berharap angka Covid-19 akan menurun ke paras dua digit pada ketika itu supaya Yang Di-Pertuan Agong bersetuju untuk membubarkan parlimen jika kerajaan pimpinan Muhyiddin runtuh.

Pada 24hb Disember 2020, saya menulis:

Sekiranya Team A bertindak menarik sokongan terhadap Muhyiddin dalam masa terdekat, Najib dan Zahid takut Tun Dr Mahathir Mohamad akan berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 jika Yang Di-Pertuan Agong bertindak melantik Perdana Menteri baharu.

Sebaliknya, jika Team A sabar dan menunggu sehingga bulan Febuari, bukan hanya kemungkinan untuk parlimen dibubarkan lebih tinggi, menteri-menteri dari Barisan Nasional akan dapat menabur pelbagai janji menggunakan peruntukan dari dana dari Belanjawan 2021 sebelum parlimen dibubarkan dan PRU15 berlangsung.

PENDEDAHAN PENUH:

Zahid, Najib terjerat, sah kena getah…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...