Zahid sudah dapat maklumat BN akan kena teruk, ada udang di sebalik batu

“Rakyat sudah menilai berbelas-belas undian secara online yang jelas menunjukkan pencapaian luarbiasa buruk Barisan Nasional. Berjuta rakyat Malaysia juga menonton klip video ucapan Zahid di konvensyen MIC, di mana Zahid terang-terang mengaku bahawa PRU awal bersangkut paut dengan kes mahkamah yang dihadapinya dan mungkin dihadapi oleh kepimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional”

Raggie Jessy Rithaudeen

زاهيد سوده داڤت معلومت بن اكن كنا تروق، اد أودڠ د سباليق باتو

Ada banyak petanda Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sedar Barisan Nasional tidak akan menang Pilihan Raya Umum ke-15 dan memandang ke arah jajaran politik baharu bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertama: Zahid sendiri menegur agar parlimen tergantung tidak dijadikan alasan bagi menghalang PRU, sekaligus bermakna beliau setuju PRU diadakan sekalipun Barisan Nasional kalah.




Kenyataan ini dibuat pada 22hb Ogos 2022 dan bercanggah terus dengan keyakinan yang disampaikan oleh Zahid sendiri pada Perhimpunan Agong UMNO dan Konvensyen-Konvensyen Barisan Nasional.

Ini bermakna, Zahid tidak yakin Barisan Nasional boleh menang dan didorong oleh faktor lain apabila mendesak parlimen dibubarkan.

Ini turut merupakan pengakuan bahawa Barisan Nasional mungkin membentuk kerajaan bersama parti lain, sekaligus membuktikan bahawa PRU15 diawalkan atas sebab tersirat, bukannya untuk membentuk “kerajaan BN yang stabil” seperti yang diwar-warkan.

Memandangkan Zahid dan Anwar mempunyai hubungan akrab dan pernah merancang jajaran politik baharu, tidak mustahil Pakatan Harapan menjadi sasaran Zahid selepas PRU15.

Kedua: Zahid tidak berani mengumumkan “No Anwar, no DAP” dalam mana-mana ucapan, sebagai jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan selepas PRU15.

Malah, segala cabaran agar Barisan Nasional menyertakan akuan bersumpah “No Anwar No DAP” dalam manifesto gabungan itu berserta tandatangan semua calon tidak diendahkan.

Begitu juga Pakatan Harapan – PKR tidak menumpu kapad “Perang Menentang Kleptokrat” atau menyerang Zahid seperti dulu-dulu dan tidak mengendahkan cabaran untuk memuatkan slogan “No Zahid, No Kleptokrat” dalam manifesto gabungan itu.

Loading...

Ketiga: Kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tidak berani melakukan undian secara online sepertimana pada PRU14, di mana keputusan akhir pilihan raya ada ciri-ciri keputusan pengundian secara maya.

Beberapa undian yang dilakukan secara maya setakat ini jelas menunjukkan bahawa Barisan Nasional akan dibelasah teruk pada PRU15, dan sekiranya GTA dan Perikatan Nasional berganding bahu, Pakatan Harapan turut akan dibelasah teruk.

BACA RAMALAN KEDUA KEPUTUSAN PRU15 DI SINI

Keempat: Zahid mengambil segala peluang bagi mewar-warkan kononnya Barisan Nasional berani dan pembangkang takut hadapi pilihan raya, barangkali untuk menghampakan pengundi atas pagar dan penyokong pembangkang agar kurang keluar mengundi.

Di Johor, Barisan Nasional menggunakan perang persepsi sebegini untuk menang majoriti dua pertiga, sedangkan gabungan itu mencatatkan prestasi lebih buruk berbanding PRU14.

Nyata bahawa perang persepsi BN berjaya, apabila hampir 50 peratus pengundi berdaftar tidak keluar mengundi di Johor, menyebabkan Barisan Nasional menang besar walaupun mencatatkan penurunan dalam peratusan perolehan undi (bersandar kepada jumlah pengundi berdaftar).

Namun, strategi ini dijangka tidak akan berjaya pada PRU15, memandangkan rakyat sudah menilai berbelas-belas undian secara online yang jelas menunjukkan pencapaian luarbiasa buruk Barisan Nasional.

Berjuta rakyat Malaysia juga menonton klip video ucapan Zahid di konvensyen MIC, di mana Zahid terang-terang mengaku bahawa PRU awal bersangkut paut dengan kes mahkamah yang dihadapinya dan mungkin dihadapi oleh kepimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional selain UMNO.

Saya difahmkan, Zahid sudah mendapat maklumat bahawa Barisan Nasional tidak mungkin memenangi PRU15 dan akan dibelasah teruk sekiranya GTA dan Perikatan Nasional bekerjasama.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...