Zahid tekan Ismail Sabri cetus Pilihan Raya selepas PAU, Mat Hasan dipertimbang sebagai calon Perdana Menteri

Zahid dijangka mendapatkan persetujuan para perwakilan untuk menamakan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon Perdana Menteri UMNO andai kata Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15. Sumber (gambar): TTF

“Zahid sedang memberi tekanan kepada Datuk Seri Ismail Sabri untuk mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 berdasarkan perjanjian yang dimasukinya bersama Sabri…”

Raggie Jessy Rithaudeen

زاهيد تكان اسماعيل صبري چتوس ڤيليهن راي سلڤس ڤاو، مت حسن دڤرتيمبڠ سباڬاي چالون ڤي عيم

Seperti dijangka, beberapa ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang sehaluan dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung sabitan bersalah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut sumber, mesyuarat MKT yang berlangsung malam Rabu diadakan secara tergesa-gesa dan tidak terancang, bagi membincangkan keputusan Mahhkamah Rayuandan kemungkinan diadakan Pilihan Raya Umum mengejut.

Walaupun perasaan “dukacita” dizahirkan oleh MKT UMNO, sumber memaklumkan bahawa mereka yang benar-benar tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah merupakan penyokong tegar Kluster Mahkamah.




Sebenarnya, Zahid merancang dari awal lagi untuk mengadakan Pilihan Raya Umum sebelum kes mahkamahnya diputuskan.

Namun, beliau kini didorong untuk mengadakannya secepat mungkin setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib.

Sebelum ini, pada 28hb Julai 2020, Zahid memberikan reaksi yang luarbiasa apabila Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Menerusi satu kenyataan, Zahid memberi gambaran bahawa pihaknya akan membuat satu “keputusan politik besar” sambil menyuarakan rasa simpati dan sedihnya terhadap nasib yang menimpa Najib.

“Saya amat simpati dan berasa sedih bukan hanya sebagai seorang presiden Umno, yang paling penting, beliau adalah sahabat saya. Tapi ini bukan penghujung dunia.

“[…] Namun, tentunya kita akan mengambil sesuatu keputusan politik yang agak besar hasil daripada keputusan (mahkamah) yang dibuat hari ini,” katanya.

Tidak lama kemudian, dua tiga ahli parlimen dari UMNO menarik sokongan terhadap Muhyiddin secara berperingkat, disusuli dengan penarikan sokongan UMNO dan surat Zahid kepada Istana Negara.

Loading...

Sebenarnya, Zahid menghantar dua surat kepada Istana Negara, iaitu:

1. Surat bertarikh 11hb Oktober 2020

Pada minggu ketiga bulan Oktober 2020, saya membongkarkan kewujudan satu surat sokongan rahsia, di mana Zahid mendakwa seluruh UMNO menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Surat berkenaan, bertarikh 11 Oktober, disokong oleh Najib dan dihantar ke Istana Negra menjelang panggilan menghadap Anwar pada 13 Oktober.

Namun, bukan hanya ahli-ahli parlimen UMNO tidak pernah dirujuk berhubung pencalonan Anwar, Zahid menghantar surat tersebut tidak lama selepas bertemu dengan Muhyiddin untuk menjanjikan sokongan padu UMNO terhadap kepimpinannya.

Ini bermakna, Zahid menipu kedua-dua Muhyiddin dan Yang Di-Pertuan Agong.

2. Surat bertarikh 29hb Julai 2021

Pada 29hb Julai 2021, UMNO (atas arahan Zahid) mengutuskan satu lagi surat kepada Istana Negara bagi memaklumkan penarikan sokongan beberapa ahli parlimen dari parti itu terhadap Muhyiddin.

Zahid kemudian mendedahkan 13 surat akuan bersumpah membabitkan ahli parlimen UMNO yang menarik sokongan terhadap Muhyiddin, menandakan Muhyiddin hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Kronologi ini, berserta pengakuan Datuk Seri Ahmad Maslan bahawa UMNO tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana “meneruskan kes mahkamah” terhadap pemimpin UMNO, mencadangkan:

1. Zahid didorong oleh kepentingan peribadi dan kes mahkamahnya apabila membuat keputusan bagi pihak UMNO.

2. Zahid sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menipu Yang Di-Pertuan Agong, demi menyelamatkan tengkuknya, dan

3. Keputusan pertama kes SRC (28hb Julai 2020) mendorong Zahid untuk mengorak langkah ke arah penyingkirkan Muhyiddin kerana tidak membantu Kluster Mahkamah.

Kini, setelah Mahkamah Rayuan memutuskan untuk mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman terhadap Najib, Zahid terus mengadakan mesyuarat MKT dan menggunakan UMNO sebagai pentas untuk menzahirkan rasa dukacita terhadap keputusan Mahkamah.

Kelakuan ini konsisten dengan apa yang telah saya sampaikan di atas, dan Zahid kini sedang memberi tekanan kepada Datuk Seri Ismail Sabri untuk mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 berdasarkan perjanjian yang dimasukinya bersama Ismail Sabri.

Menurut perjanjian ini, Zahid bersetuju dengan pencalonan Ismail Sabri sebagai “Perdana Menteri sementara” bagi menggantikan Muhyiddin, dengan syarat Ismail Sabri bersetuju untuk mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 sebaik sahaja angka Covid-19 menurun dan Pilihan Raya boleh diadakan.

Memandangkan Pilihan Raya Negeri Melaka sudah diadakan dengan jayanya dan Pilihan Raya Negeri Sarawak bakal diadakan bulan ini, Ismail Sabri tidak ada alasan untuk tidak mencetuskan Pilihan Raya Umum ke-15 selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang dijangka bermula 13hb Januari depan.

Dalam perhimpunan itu, Zahid dijangka akan mendapatkan persetujuan para perwakilan untuk menamakan Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai calon Perdana Menteri UMNO andai kata Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15.

Untuk itu, Mohamad Hasan perlu bertanding di kerusi parlimen, namun, perkara ini masih dalam tahap perancangan dan bakal dimuktamadkan sebelum PAU diadakan…

Bersambung…

WAJIB BACA:

MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...