Zahid terdesak selamatkan tengkuk sendiri, itu sahaja

Khairuddin Abu Hassan

زاهيد تردسق سلامتكن تڠكوق سنديري، ايت سهاج

Zahid Hamidi hanya mahu selamatkan dirinya dari dihukum di atas segala kesalahannya dalam kes-kes beliau yang sedang dibicarakan di mahkamah masakini. Atas dasar inilah Zahid Hamidi sudah hilang pedoman dan ‘desperate’ untuk adakan PRU15 secepat mungkin kerana beliau yakin UMNO boleh menang besar.

Saya amat setuju dengan kenyataan YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam bahawa UMNO akan hilang lebih banyak kerusi pada pilihanraya umum kali ini. Keseluruhan rakyat Malaysia masih tidak mempercayai dan tidak yakin lagi dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang terlalu korup.




Para pengundi di kawasan bandar dan separa bandar sudah pasti akan ‘reject’ UMNO. Parti UMNO sukar untuk menapak semula di kawasan bandar serta separa bandar kerana reputasi UMNO sudah hancur lebur. Tambahan pula undi lapan belas tahun dan pengundi baru tidak minat untuk mengundi UMNO.

Presiden dan pemimpin-pemimpin UMNO hanya mimpi di siang hari. Mereka ingat dengan adanya PRU15 secepat mungkin mereka boleh menang besar kerana musim banjir akan menghalang lebih ramai para pengundi setia PAS untuk keluar mengundi di negeri-negeri Pantai Timur khususnya.

UMNO sedang merancang untuk sabotaj parti PAS kerana mereka tidak percaya lagi dengan percaturan politik PAS yang dianggap mengkhianati UMNO. Apabila menang besar dan mendapat kuasa pemimpin-pemimpin UMNO akan salahguna kuasa seterusnya akan menyelamatkan diri masing-masing.

Bila berada dalam kerajaan pemimpin-pemimpin korup UMNO seperti Zahid Hamidi akan salahguna kuasa untuk buang segala kes-kes beliau dengan rakan-rakan yang lain bagi menyelamatkan diri mereka. Jangan terperanjat sekiranya rakan mereka yang sedang berada dalam penjara pun akan dibawa keluar nanti.

Inilah budaya pemimpin-pemimpin UMNO yang hanya rakus kuasa, salahguna kuasa dan merompak khazanah kerajaan untuk mengayakan diri mereka. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah insaf di atas kejatuhan mereka pada PRU14 yang lepas.

Cuma yang memberi nafas baru pada UMNO untuk mentadbir semula negara dan terus bersikap korup adalah perbuatan khianat Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan ‘Langkah Sheraton’ beliau. Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua yang terlibat dengan ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan keadaan lanskap politik negara menjadi huru-hara seperti hari ini.

Pada PRU15 keseluruhan rakyat harus menyokong GERAKAN TANAH AIR (GTA) yang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang kekal berprinsip dulu, kini dan selamanya ke arah memperkasakan kedudukan Melayu serta menjaminkan kesejahteraan kaum-kaum lain di negara kita.

Loading...

Hanya wadah perjuangan mulia dan berprinsip Tun Dr Mahathir Mohamad saja yang boleh menyelamatkan negara kita dari terus hancur. Beri peluang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali sebagai Perdana Menteri sekurang-kurangnya hanya untuk dua tahun lagi.

Kerosakan negara secara berskala besar pada hari ini hanya boleh diselesaikan oleh tokoh negarawan bertaraf dunia seperti Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dunia luar masih menghormati beliau serta mempunyai keyakinan tinggi terhadap mutu kepimpinannya.

Keyakinan dari dunia luar amat penting untuk membantu memulihkan ekonomi negara kerana sokongan pelaburan asing akan menguatkan asas ekonomi negara. Kepimpinan negara dan kerajaan ‘half past six’ yang ada pada hari ini menyebabkan semua warga pelabur asing lari keluar dari negara kita pada hari ini. Sebab itulah asas ekonomi negara jatuh ‘merudum’ dan nilai matawang negara berada di paras yang paling rendah dalam sejarah kita.

Kini, kita jangan fikir untuk berebut kuasa, tetapi semua pihak kena sedar dan insaf untuk melantik tokoh yang berwibawa bagi merealisasikan pembangunan ‘Malaysia Baharu’ yang lebih cemerlang. Allah swt masih meminjamkan Tun Dr Mahathir Mohamad secara bersebab kepada kita semua dan kita harus mengambil kesempatan ini untuk memanfaatkan kebijaksanaan tokoh negarawan ini bagi menyelesaikan semua permasalahan yang sedang membebankan seluruh rakyat jelata.

Tokoh negarawan terulung negara ini tidak mempunyai agenda kepentingan diri kecuali hanya mahu membangunkan semula ‘Malaysia Baharu’ sehingga digelar semula sebagai kuasa ‘Harimau Asia’ yang disegani oleh dunia luar.

Gelaran negara ‘kleptokrasi’ yang dicipta oleh UMNO mesti dipadamkan dengan kadar segera buat selamanya.

Rakyat Malaysia harus menebuskan semula maruah bangsa serta negara kita. Insya-Allah. Ameen.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...