Zahid tidak sepatutnya dilantik TPM, beri tekanan institusi kehakiman – Mahathir

Mahathir menegaskan Ahmad Zahid sepatutnya meletak jawatan Presiden UMNO dan menolak lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas parti pimpinannya kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Sumber (gambar): TTF

زاهيد تيدق سڤاتوتڽ دلانتيق تڤي عيم، بري تكنن اينستيتوسي كهكيمن – محضير

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, dilihat memberi tekanan kepada institusi kehakiman untuk menjalankan tugas secara adil dan tanpa gentar dalam kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Ahmad Zahid sepatutnya tidak diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan kerana berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah ketika ini.

“Orang sebegini tidak sepatutnya diberi jawatan yang begitu tinggi kerana Timbalan Perdana Menteri adalah orang yang akan ambil alih tugas Perdana Menteri jika sesuatu berlaku dan kita akan dapat seorang Perdana Menteri yang masih berdepan tuduhan mahkamah. 

“Orang melihat oleh kerana Timbalan Perdana Menteri, mahkamah tidak boleh mengambil tindakan terhadapnya. Ini akan mengganggu pihak mahkamah untuk membuat keputusan. Mungkin mereka akan dapat tekanan dan undang-undang mungkin diketepikan.”


PUTRAJAYA: Pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri, dilihat memberi tekanan kepada institusi kehakiman untuk menjalankan tugas secara adil dan tanpa gentar dalam kes mahkamah dihadapi Presiden UMNO itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, Ahmad Zahid sepatutnya tidak diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan kerana berdepan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah ketika ini.




Bekas Perdana Menteri itu berpandangan pelantikan Ahmad Zahid sebagai individu kedua tertinggi dalam kerajaan akan menganggu mahkamah, yang mungkin terpaksa membuat keputusan memihak kepadanya.

“Sepatutnya (pelantikan) itu tidak dilakukan kerana dia sedang menghadapi tindakan mahkamah dan ada kemungkinan dia akan didapati bersalah dan dihukum.

“Orang sebegini tidak sepatutnya diberi jawatan yang begitu tinggi kerana Timbalan Perdana Menteri adalah orang yang akan ambil alih tugas Perdana Menteri jika sesuatu berlaku dan kita akan dapat seorang Perdana Menteri yang masih berdepan tuduhan mahkamah.

“Orang melihat oleh kerana Timbalan Perdana Menteri, mahkamah tidak boleh mengambil tindakan terhadapnya. Ini akan mengganggu pihak mahkamah untuk membuat keputusan. Mungkin mereka akan dapat tekanan dan undang-undang mungkin diketepikan.

“Ini bermakna dalam negara kita, tiada lagi kedaulatan undang-undang, pemerintahan yang mengutamakan kepentingan orang tertentu dan menyebabkann kerajaan tidak dihormati oleh rakyat,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama BH di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kesan pelantikan Ahmad Zahid yang masih dibicarakan di mahkamah sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 24 Januari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi, selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes ‘prima facie’ bagi semua tuduhan terbabit.

Loading...

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menegaskan Ahmad Zahid juga sepatutnya meletak jawatan Presiden UMNO dan menolak lantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas parti pimpinannya kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Dulu selepas PRU14, Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO selepas kalah dan kemungkinan dihadapkan ke mahkamah, dia letak jawatan. Sepatutnya Ahmad Zahid juga buat demikian kerana dia punya masalah yang sama dengan Najib, maka dia patut tak pegang apa-apa jawatan.

“Selepas itu baru kita dapati mahkamah tidak terganggu dengan tekanan, bahawa orang ini adalah pembesar dan undang-undang untuk pembesar tidak patut dikenakan seperti orang biasa,” katanya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...