
“Jangan cerita babak tindakan perundangan, sekadar menafikan dakwaan Muhyiddin atau menamakan pihak yang kononnya “melemparkan tohmahan” pun Zahid tidak berani”
Raggie Jessy Rithaudeen
زاهيد تين كوسوڠ – چاكڤ بسر، تاڤي سامن تق براني
Adakah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid takut mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana terdapat kebenaran dalam dakwaan Muhyiddin?
Baru-baru ini, Muhyiddin mendakwa pemimpin UMNO mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Mac 2020.
Menurut Muhyiddin, perkara itu hanya diketahuinya selepas beberapa hari beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri apabila menerima kunjungan Zahid.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya semasa saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawa satu fail bertimbun-timbun (dokumen).
“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan),” katanya.
TONTON: RAKYAT TOLAK PH SEBAB ANWAR, SEBAB MOU. NOKTAH
Bercerita lanjut, Muhyiddin berkata, selain Zahid, Datuk Seri Najib Tun Razak turut datang mengunjunginya selepas itu dan meminta agar Datuk Seri Gopal Sri Ram dikeluarkan daripada kumpulan pendakwaan.
Kesemua ini tuduhan berat, memandangkan Muhyiddin menyatakan sejelas-jelas mungkin bahawa Zahid dan Najib memintanya mencampuri urusan kes mahkamah membabitkan tuduhan jenayah terhadap mereka.
Jika benar dakwaan Muhyiddin palsu, Zahid dan Najib seharusnya memulakan tindakan perundangan terhadapnya, kerana apa yang dinyatakan oleh Muhyiddin samada didengari atau dibaca oleh berjuta-juta rakyat Malaysia yang kini tertunggu-tunggu reaksi Zahid dan Najib.
Namun, Zahid hanya sekadar menuduh ‘musuh politiknya’ melemparkan tohmahan menjelang pilihan raya negeri (PRN) Johor sambil mengajak rakyat “ambil ‘popcorn” dan “tunggu episod seterusnya.”
Tidakkah anda mendapatinya pelik?
Apakah ini reaksi seorang pemimpin beragama Islam, yang seharusnya mengambil segala langkah yang perlu untuk mengelakkan berlakunya perasaan syak atau curiga di kalangan ummah terhadap kepimpinannya?
Jangan cerita babak tindakan perundangan, sekadar menafikan dakwaan Muhyiddin atau menamakan pihak yang kononnya “melemparkan tohmahan” pun Zahid tidak berani.
Malah, sehingga hari ini, banyak kisah rundingan antara Zahid, DAP dan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan secara terbuka, termasuk kisah pertemuan mereka bagi membincangkan “Jajaran Politik Baharu” Barisan Nasional bersama Pakatan Harapan.
Semuanya Zahid tidak berani menafikan, termasuk juga surat sokongannya terhadap Anwar yang telah saya bantu dedahkan, yang diutuskan kepada Istana Negara tanpa pengetahuan hampir kesemua ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.
Di manakah surat-surat saman Zahid, atau adakah Zahid akan terus meminta rakyat “ambil lebih banyak ‘popcorn” dan “tunggu episod seterusnya?”
WAJIB BACA:
‘Muhyiddin started the rot, Ismail Sabri is only making things worse’
