Zahid tolak cadangan kerjasama UMNO-PN di Perak

Raggie Jessy Rithaudeen

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka menolak hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk bergabung dengan UMNO bagi membentuk kerajaan Perak dan menyifatkannya sebagai “mimpi di siang hari.”

Hasrat itu antara penekanan utama jentera PN ketika berkempen di Ayer Kuning, dengan harapan pengundi Melayu-Islam teruja dan mengundi calon PN bagi menghantar ‘signal’ kepada UMNO, bahawa mereka menolak kerjasama UMNO-DAP.

Zahid mendakwa PN melontarkan cadangan itu kerana gabungan itu mungkin menyedari mereka telah kehilangan sokongan di Ayer Kuning.




Apa pun, kenyataan Zahid menghantar mesej jelas kepada pengundi, bahawa barang siapa pun menang, kerajaan Perak tidak akan berubah dan akan terus mengekalkan formula kerjasama yang ada.

Ini sekaligus menangkis mesej halus jentera PN kepada pengundi, bahawa jika BN kalah, UMNO mungkin tertekan dan mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan PN.

Saya dah beritahu dari awal lagi – mesej PN yang tidak berpaut kepastian ini berisiko makan diri, dan kenyataan terbaru Zahid dijangka memberi kesan besar pada sikap pengundi Melayu-Islam di Ayer Kuning.

Kita sama-sama lihat keputusannya.

TONTON: ZAHID TOLAK KERJASAMA UMNO-PN DI PERAK



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...