THE THIRD FORCE
Tinjauan awal mendapati majoriti penyokong Pakatan Harapan dan Barisan Nasional terkejut dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih tertuduh jenayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai Timbalan Perdana Menteri 1.
Ramai lagi dalam UMNO yang mampu menggalas tugas Timbalan Perdana Menteri, namun Anwar tetap memilih Zahid meskipun berjanji untuk menolak Kleptokrat dan tidak melibatkan mereka yang terpalit dengan jenayah dalam kerajaan.
Ini merupakan bukti paling kukuh kerajaan yang didirikan oleh Anwar merupakan kerajaan paling lemah dalam sejarah tanah air dan berada di bawah bayang Kleptokrat dari awal lagi.
Tidak ada sebarang naratif yang mampu ‘menghalalkan’ pelantikan ini, dan saya tidak jangkakan Anwar dapat bertahan lebih lapan bulan atas sebab-sebab yang dijelaskan menerusi video di bawah ini (TONTON DI SINI ATAU DI YOU TUBE RAGGIE JESSY RITHAUDEEN, KLIK DI SINI):
TONTON LIVE ASAL DI SINI
