Zahid: UMNO nak penjelasan tindakan PAS daftar Perikatan Nasional dengan PPBM

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Ahmad Zahid berkata, BN mengambil pendekatan melawat rumah ke rumah yang memasuki minggu terakhir kempen. Sumber (gambar): Fail TTF

زاهيد: امنو نق ڤنجلسن تيندقن ڤاس دفتر ڤريكتن ناسيونل دڠن ڤڤبم

UMNO akan mendapatkan penjelasan Pas berhubung tindakan parti itu yang mendaftar Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di sini pukul 9 malam esok

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan sudah mengesahkan bahawa parti itu bersama Bersatu dalam proses menubuhkan PN.

Kata Takiyuddin, walaupun gabungan MN tidak didaftarkan namun ia adalah sebuah gabungan kesepakatan politik parti yang menyokong PN. 


TANJUNG MALIM: UMNO akan mendapatkan penjelasan Pas berhubung tindakan parti itu yang mendaftar Perikatan Nasional (PN) bersama Bersatu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di sini pukul 9 malam esok.




“Malam esok ada perjumpaan dengan Muafakat Nasional (MN) yang mana Presiden Pas dan saya akan bersama-sama dalam pertemuan itu.

“Ada mesej tertentu yang mahu kami sampaikan. Sebagaimana yang diketahui, kini Pas sudah bersama dengan Bersatu mendaftarkan partinya sebagai gabungan rasmi di dalam PN.

“Ini akan diperjelaskan, tentunya ada mesej tertentu yang mana MN akan terus diperkasa dan diperkukuhkan. Bukan hanya UMNO dan Pas tetapi parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA dan MIC tetap bersama,” katanya selepas program ziarah kasih di Felda Besout 2, Slim River hari ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini dilaporkan sudah mengesahkan bahawa parti itu bersama Bersatu dalam proses menubuhkan PN.

Kata Takiyuddin, walaupun gabungan MN tidak didaftarkan namun ia adalah sebuah gabungan kesepakatan politik parti yang menyokong PN.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Ahmad Zahid berkata, BN mengambil pendekatan melawat rumah ke rumah yang memasuki minggu terakhir kempen.

“Semua pemimpin UMNO, Pas dan parti lain yang membantu kita menggunakan pendekatan sama,” katanya.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...