
“Menurut sumber, tindak tanduk Zahid menimbulkan ketegangan di antara kepimpinan PKR dan DAP, malah ada dakwaan hubungan Rafizi Ramli dan Anwar agak regang disebabkan perkembangan ini”
Raggie Jessy Rithaudeen
زاهيد عموم ساتو لاڬي لانتيكن ڤوليتيك، كالي اين، ازيايز رحيم
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Tidak lama selepas Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk kerajaan bersama, kita didendangkan dengan beberapa kisah lantikan politik ke badan berkanun di peringkat kerajaan pusat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Antaranya, pelantikan Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi baharu Majlis Amanah Rakyat (MARA); Ketua Wanita UMNO, Noraini Ahmad, sebagai pengerusi baharu Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); dan bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, sebagai Pengerusi baharu FELCRA.
TONTON: ANWAR MAKIN KELAM KABUT, MAKIN TERTEKAN DENGAN ZAHID, UMNO
Terkini, bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim, diumum sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) baharu, menggantikan Jamil Khir Baharom.
Siapa yang umum?
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang umum, seperti juga seperti lantikan-lantikan sebelum ini.
“Dahulu Keda di bawah Jamil Khir dan kerajaan memutuskan jawatan ini diberikan kepada Abdul Azeez.
“Pelantikan ini diharap dapat mengeratkan jalinan agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan negeri,” katanya menurut Berita Harian.
Pada 2 April 2023, saya menulis:
Semua ini melibatkan orang-orang kuat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan pelantikan mereka bercanggah terus dengan ikrar Pakatan Harapan (PH) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada awalnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati janji PH apabila beliau menamatkan lantikan politik dalam badan berkanun di peringkat kerajaan pusat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Langkah ini mendapat pujian pelbagai pihak yang melihatnya sebagai bukti kesungguhan Anwar untuk memulihkan negara.
Namun, dua hari selepas langkah itu diumumkan, Zahid tiba-tiba mengumumkan pelantikan Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra.
Pengumuman ini dikecam rakyat Malaysia yang melihatnya sebagai cabaran terus kepada kepimpinan Anwar.
Ini memaksa Anwar menangguhkan pelantikan Ahmad Jazlan atas alasan perlunya “penyelarasan” lantikan-lantikan GLC dan badan berkanun.
Anwar mendakwa dia “tidak pernah menyatakan bahawa tidak boleh mana-mana orang terlibat politik itu menjadi pengurusan, tetapi (sebaliknya) mesti terikat dengan syarat-syarat dan mesti ada kelayakan dalam bidang berkenaan.”
Ini sebenarnya pembohongan, kerana PH terang-terang berjanji untuk tidak membenarkan lantikan politik, dan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, Anwar sendiri mengarahkan supaya semua lantikan politik ditamatkan tanpa menetapkan sebarang pengecualian.
Akhirnya, Ahmad Jazlan dillantik juga sebagai Pengerusi Felcra, dan pelantikan ini meyakinkan orang ramai (termasuk penyokong PH) bahawa Anwar berada di bawah pengaruh Zahid dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Menurut sumber, tindak tanduk Zahid menimbulkan ketegangan di antara kepimpinan PKR dan DAP, malah ada dakwaan hubungan Rafizi Ramli dan Anwar agak regang disebabkan perkembangan ini.
Amat sukar bagi pemimpin-pemimpin PKR dan DAP menjelaskan apa yang berlaku, dan mana-mana pemimpin yang cuba memberi alasan dikecam kiri kanan oleh penyokong mereka sendiri.
Bagi saya, ini hanya menonjolkan sifat “Perdana Menteri Kayu” yang ada pada Anwar dan aura “Perdana Menteri de facto” (Perdana Menteri sebenar) yang ada pada Zahid…
