
زاهدي كيني توديڠ جاري ڤد اهلي ڤرليمين كودت ﴿ڤڤبم﴾ سباڬاي ءڤمبري معلومتء ڤلاجر سابه
Laporan yang diterima oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin kononnya Veveonah Mosibin tidak menduduki peperiksaan di atas pokok diperoleh daripada Ahli Parlimen Kudat sendiri iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri (PPBM).
Memetik laporan Malaysiakini hari ini, Zahidi dilaporkan berkata, Abdul Rahim pula menerima maklumat itu daripada pensyarah Vevonah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sejak Khamis lalu, Zahidi mendapat kecaman daripada orang ramai ketika kementeriannya dalam usaha mempromosikan slogan ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’ dan dalam masa sama, beliau mendakwa bahawa Veveonah sebenarnya tidak mengambil peperiksaan sebaliknya video memanjat pokok untuk mendapatkan rangkaian internet adalah hanya untuk mendapatkan tontotan dalam rancangan Youtubenya.
Veveonah yang kesal dengan dakwaan itu kemudian menunjukkan jadual peperiksaan yang dihadapinya sebagai bukti bahawa dia memang sedang mengambil peperiksaan pada hari itu.
KUALA LUMPUR: Laporan yang diterima oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin kononnya Veveonah Mosibin tidak menduduki peperiksaan di atas pokok diperoleh daripada Ahli Parlimen Kudat sendiri iaitu Datuk Abdul Rahim Bakri (PPBM).
Memetik laporan Malaysiakini hari ini, Zahidi dilaporkan berkata, Abdul Rahim pula menerima maklumat itu daripada pensyarah Vevonah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Sehubungan itu, beliau menganggap maklumat itu tidak perlu disemak semula kerana ia disalurkan oleh Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri Kewangan.
“Kerana sudah jadi amalan di Parlimen, yang pertama, kita rujuk wakil rakyat dan apabila rujuk wakil rakyat, apa isu ditimbul wakil rakyat akan dijawab oleh menteri dan timbalan menteri.
“Maka, wakil rakyat tersebut (Abdul Rahim) dah maklum kepada kita dan dia dapat maklumat daripada pensyarah,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.
Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, dalam isu tersebut, dia tidak melihat apa perlunya Abdul Rahim sebagai wakil rakyat di kawasan itu menipu ataupun memberikan maklumat tidak benar.
“Maka kita percaya pada maklumat tersebut,” katanya.
Sejak Khamis lalu, Zahidi mendapat kecaman daripada orang ramai ketika kementeriannya dalam usaha mempromosikan slogan ‘Tidak Pasti, Jangan Kongsi’ dan dalam masa sama, beliau mendakwa bahawa Veveonah sebenarnya tidak mengambil peperiksaan sebaliknya video memanjat pokok untuk mendapatkan rangkaian internet adalah hanya untuk mendapatkan tontotan dalam rancangan Youtubenya.
Veveonah yang kesal dengan dakwaan itu kemudian menunjukkan jadual peperiksaan yang dihadapinya sebagai bukti bahawa dia memang sedang mengambil peperiksaan pada hari itu.
Zahidi kemudian membuat permohonan maaf kepada Veveonah dan menyatakan bahawa dia menerima maklumat yang salah berhubung perkara itu.
Mengulas lanjut, Zahidi berkata dia akan ke UMS untuk bertemu pensyarah, kakitangan UMS dan Veveonah bagi mendapatkan maklumat sebenar sebagai langkah menyemak semula maklumat itu.
“Dalam isu tidak pasti jangan kongsi ini, kena check (semak) dua tiga kali lagi. Maka kita check dan periksa sekali lagi.
“Kalau didapati maklumat itu (silap) maknanya ada salah faham, kita minta maaflah dan pensyarah tersebut tak sepatutnya beri maklumat tidak benar,” katanya.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
