
زايننل: لاوتن محي الدين تياد معنى بوات سابه
Aktivis Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Zainnal Ajamain memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sejak Malaysia dibentuk, Sabah telah sehaluan dengan Persekutuan, namun negeri ini tetap ketinggalan daripada segi pembangunan.
Zainnal berkata, setiap pembangunan yang dijanjikan kepada Sabah oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak pernah ditunaikan langsung selama 57 tahun ini.
Zainnal turut mempersoalkan kenapa Muhyiddin langsung tidak menyentuh soal MA63 ketika berucap di depan rakyat Sabah sempena lawatannya selama dua hari.
Beliau secara sinir berkata, jika Muhyiddin tidak tahu apa maksud MA63, maka lebih baik beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaya sahaja.
KOTA KINABALU: Aktivis Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Zainnal Ajamain memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sejak Malaysia dibentuk, Sabah telah sehaluan dengan Persekutuan, namun negeri ini tetap ketinggalan daripada segi pembangunan.
Zainnal berkata, setiap pembangunan yang dijanjikan kepada Sabah oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak pernah ditunaikan langsung selama 57 tahun ini.
Sebaliknya katanya, Sabah jauh ketinggalan daripada segi pembangunan dan dicekik dengan dasar kabotaj daripada Persekutuan agar ekonomi negeri itu tidak boleh berkembang.
“Bukan itu saja MA63 yang telah dirunding, dipersetujui dan dimasukkan kedalam Perlembagaan Malaysia di ubah mengikut sesuka hati Pusat.
“Jika ini maksud Sabah sehaluan dengan Pusat, saya rasa tiada rakyat Sabah mahu keadaan seperti ini berulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Muhyiddin ketika berucap dalam majlis bersama penajwat awam Persekutuan di Kota Kinabalu semalam berkata, adalah penting untuk Sabah terus sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan demi kemajuan negeri ini.
Zainnal turut mempersoalkan kenapa Muhyiddin langsung tidak menyentuh soal MA63 ketika berucap di depan rakyat Sabah sempena lawatannya selama dua hari.
Beliau secara sinir berkata, jika Muhyiddin tidak tahu apa maksud MA63, maka lebih baik beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaya sahaja.
“Beliau tidak sepatutnya memanggil dirinya seorang Malaysia bila seluruh Malaysia hanya menyambut Hari Kebangsaan (Hari Merdeka) pada 31 Ogos setiap tahun, sementara Hari Malaysia hanya di sambut pada 16 September, namun hanya di Sabah dan Sarawak secara bergilir.
“Bagaimana boleh Sabah dan Sarawak lebih rapat dengan Putrajaya? Jadi soal sendiri siapa yang membentuk jurang di antara Sabah, Sarawak dan Malaya? Sudah tentu bukan Sabah dan Sarawak,” katanya.
Tegas Zainnal, Sabah kini mampu melihat masa depan yang lebih cerah dalam tuntutan MA63 apabila 17 daripada 21 perkara yang dituntut berjaya diperoleh di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Katanya, Mohd. Shafie adalah pemimpin yang selayaknya memerintah negeri ini yang akan menjaga kebajikan, kemakmuran dan masa depan generasi rakyat Sabah seterusnya.
“Ketua Menteri Sabah sekarang sanggup masuk penjara mempertahankan niat dan tekad beliau kepada rakyat Sabah.
“Beliau tidak takut dengan gertak, intimidasi atau selongkar rumah rumah pemimpin Sabah, beliau tidak melayan cara berbisik-bisik, beliau lebih senang perbincangan secara terbuka.
“Ini tidak akan berakhir begitu saja, bersenjatakan pemahaman yang lebih baik ke atas MA63, insya-Allah Sabah akan dapat kembali semua hak Sabah yang terhakis kerana kerakusan Pusat,” tambahnya.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
