Zainuddin Maidin dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU)


PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin kini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini hari ini.




Menurut sumber terdekat, bekas Menteri Penerangan itu kini berada dalam keadaan kritikal berikutan serangan jantung kali kedua.

“Mengikut cucunya, Dr. Shafiq, pihak hospital sekarang bagi ubat menguatkan dan stabilkan jantung sebelum dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN).

“Beliau semakin kritikal, keluarganya sudah diminta berkumpul,” katanya di sini hari ini.

Zainuddin dimasukkan ke ICU Hospital Putrajaya pada Selalu lalu selepas terjatuh di rumahnya di Presint 10 kerana paru-parunya lemah.

Sumber: Utusan Online



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...