Zakir Naik disekat berceramah, bagaimana pula Nga Kor Ming yang menggelar Melayu “p*kimak?”

Sebarang tindakan terhadap mana-mana penduduk di Tanah Air, termasuk yang bukan berstatus warganegara, harus mencerminkan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai sebagai teras kepada perundangan negara. Sumber (gambar): TTF

Gerakan Bangsa Nasional amat memahami tindakan pihak polis yang baru ini menyoal siasat Dr Zakir Naik memandangkan tindakan ini menurut protocol lazim yang digunakan pihak PDRM apabila berdepan dengan situasi di mana banyak laporan dibuat terhadap seseorang individu.

Apapun, GBN akur bahawa Zakir bukannya warganegara Malaysia dan boleh disekat sekiranya tindak-tanduk beliau difikirkan boleh menggugat perpaduan antara kaum. Walaupun begitu, saya fikir tindakan ini terlalu drastik kerana inilah kali pertama Zakir disoal siasat berhubung ceramahnya.

Malah, ada ceramah-ceramah yang lebih berbaur perkauman yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming yang jelas mengapi-apikan semangat kebencian Melayu-Islam terhadap masyarakat Cina dengan menggelar Melayu-Islam “pukimak,” “Metalic Black” dan sebagainya.

Justeru, GBN merayu kepada pihak PDRM untuk merujuk kembali keputusan menyekat kebebasan Zakir berceramah dengan memberi amaran kepadanya supaya intipati ceramahnya diubahsuai agar mesej yang ingin disampaikannya jelas dan tidak menjurus kepada peristiwa yang tidak diingini.


PETALING JAYA: Gerakan Bangsa Nasional amat memahami tindakan pihak polis yang baru ini menyoal siasat Dr Zakir Naik memandangkan tindakan ini menurut protocol lazim yang digunakan pihak PDRM apabila berdepan dengan situasi di mana banyak laporan dibuat terhadap seseorang individu.

Walaubagaimanapun, saya mengesyaki bahawa dalang disebalik laporan ini adalah DAP dan khuatir bahawa tindakan polis melarang Zakir daripada berceramah awam di seluruh negara bertepatan tengan niat jahat DAP memburukkan Zakir dan bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.




Apapun, GBN akur bahawa Zakir bukannya warganegara Malaysia dan boleh disekat sekiranya tindak-tanduk beliau difikirkan boleh menggugat perpaduan antara kaum. Walaupun begitu, saya fikir tindakan ini terlalu drastik kerana inilah kali pertama Zakir disoal siasat berhubung ceramahnya.

Malah, ada ceramah-ceramah yang lebih berbaur perkauman yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP seperti Nga Kor Ming yang jelas mengapi-apikan semangat kebencian Melayu-Islam terhadap masyarakat Cina dengan menggelar Melayu-Islam “pukimak,” “Metalic Black” dan sebagainya.

Hakikatnya, ceramah Zakir yang dikatakan berbaur perkauman itu langsung tidak bertujuan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa biarpun cara Zakir berhujah boleh diubahsuai untuk mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan.

Sebarang tindakan terhadap mana-mana penduduk di Tanah Air, termasuk yang bukan berstatus warganegara, harus mencerminkan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai sebagai teras kepada perundangan negara.

Sekiranya Zakir terus disekat daripada berceramah, ianya akan membawa implikasi buruk kepada semangat kebebasan bersuara yang menjadi salah satu teras perjuangan utama Pakatan Harapan ketika berkempen sebelum pilihanraya umum ke 14.

Biarpun kebebasan bersuara ini mempunyai batasan dalam konteks keselamatan nasional dan integrasi kaum, cara yang betul menangani sebarang bentuk ancaman bukanlah dengan menyekat seseorang daripada berceramah, tetapi sebaliknya, menggunakan undang-undang yang sedia ada untuk mengambil tindakan sekirannya seseorang itu didapati cuba menimbulkan ketegangan antara kaum.

Justeru, GBN merayu kepada pihak PDRM untuk merujuk kembali keputusan menyekat kebebasan Zakir berceramah dengan memberi amaran kepadanya supaya intipati ceramahnya diubahsuai agar mesej yang ingin disampaikannya jelas dan tidak menjurus kepada peristiwa yang tidak diingini.

Loading...

Saya berharap rayuan ini akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Ketua Polis Negara, Dato’ Seri Abdul Hamid Bador, dan dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih terhadap jasa beliau memastikan agar semangat yang dibawa oleh Perlembagaan Persekutuan akan sentiasa subur dan dijiwai oleh pihak pentadbiran persekutuan.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...